Warga Jepun dihukum gantung, bersalah edar dadah


SHAH ALAM 25 Okt. - Seorang bekas jururawat warganegara Jepun dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah di atas tuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine atau syabu seberat 3,493 gram dua tahun lalu.
Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad memutuskan hukuman itu ke atas Mariko Takeuchi, 37, selepas berpuas hati bahawa tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah semasa memberi keterangan membela diri.
Mariko didakwa mengedar 3,493 gram methamphetamine di Kaunter Pemeriksaan Kastam D, Unit Khas Penumpang T, Balai Ketibaan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini pada pukul 9.55 malam, 30 Oktober 2009. - 
sumber :utusan malaysia

0 comments: