Akan Datang ! KLCC Seni Festival 2011 !


Ada sedikit review untuk korang. festival yang akan diadakan gilang gemiliang..heeheh..paperpun tengok kat bawah ni yer..
Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) akan meneruskan kelangsungan pesta keraian ini dengan mempersembahkan muzik ekstravaganza perayaan seni dan budaya selama satu minggu menerusi KLCC Seni Festival 2011 bulan ini.Pada hari Sabtu, 29 Oktober 11 pukul 8.30 malam, bakal dipersembahkan 'MPO's Native Foray' di mana Seni Groove Ensemble, di bawah pimpinan pemain trombon MPO Marques Young, akan menyampaikan muzik diinspirasi dari lagu-lagu P Ramlee, Sheila Majid, Siti Nurhaliza, James Brown dan Ibrahim Ferrer, dengan menyerlahkan pengaruh tempatan dan luar. Raikan muzikal ini, dari kaca mata seorang Barat yang hidup di Malaysia.
Festival ini bakal diakhiri dengan persembahan bertemakan 'Johor Heads North' oleh Badan Kesenian Warisan Johor pada hari Ahad, 30 Oktober 11 pukul 8.30 malam. Tarian berentak zapin dan muzik ghazal bakal bergema di pentas DFP. Seni budaya ini telah memikat masyarakat luar dan mendapat perhatian meluas. Nikmatilah keasyikan muzikal Pesona Jauhar yang terbahagi kepada empat segmen; Tika Dinihari, Terbitnya Suria, Cahaya Mega dan Berlabuhnya Malam Permata Tetap Bersinar.
(Nota: Bersempena dengan festival ini, Galeri PETRONAS akan mengadakan bengkel dan pameran di Tingkat 3, Suria KLCC. Masuk adalah PERCUMA. Keterangan lanjut boleh didapati di talian 03-23317770.)
(Nota II: Petrosains mengadakan pameran Music, Art, Science di Tingkat 4, Suria KLCC. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03-23318181)
(Note III: Bergembiralah dengan aktiviti dan persembahan di KLCC Esplanade oleh antaranya Petrosains, No Noise Percussion, Royal Rhapsody SERATAS, Seri Puteri Winds, Stage Circle, Amir Jahari, Tony Leo, Dikir Barat, Saturday Afternoon, ASWARA Dance Company, Floor Fever dan ASWARA Percussion Ensemble. Sila rujuk lampiran.)
Bersama-samalah meraikan kemeriahan festival seni ini, hanya di DFP!
Maklumat Konsert
Tempat:
Dewan Filharmonik PETRONAS
Menara Berkembar PETRONAS
Orkestra / Konduktor / Solois / Ensembel
Ensembel Seni MPO (26 Okt 11)
ASWARA Dance Company (26 Okt 11)
Orkestra Tradisional Malaysia (28 Okt 11)
Mohd Yazid Zakaria konduktor (28 Okt 11)
Jaclyn Victor vokal (28 Okt 11)
Iqwal Hafiz vokal (28 Okt 11)
Bahbola ensembel Orang Asli (26 Okt 11)
Seni Groove Ensemble (29 Okt 11)
Marques Young ketua (29 Okt 11)
Badan Kesenian Warisan Johor (30 Okt 11)
Harga Tiket
Semua tiket: RM58 (RM48 untuk 100 pembelian pertama sebuah konsert)
Box Office
Isnin hingga Sabtu:10.00 pagi – 6.00 petang, 9.00 malam pada hari konsert
Ahad: 12.00 tengahari hingga ke waktu persembahan
Tempahan Telefon: 03- 2051 7007 Tempahan Fax: 03- 2051 7077
Tempahan Email: dfp_boxoffice@petronas.com.my
Laman Web DFP/MPO: www.dfp.com.my dan www.mpo.com.my
Post a Comment