Coretan Pagi ku Hujan

Selasa, 11 Oktober 2011
9.29am
Puchong - Petaling Jaya
Seperti biasa semua makhluk dimuka bumi ini akan bangun dan bertempiaran untuk pergi ke tempat kerja masing-masing. Aku tidak terkecuali untuk  berbuat sedemikian. Pagi ini cuaca agak suram dan hujan turun dengan lembut membasahi dataran di kawasan tanah gersang ini. Seperti biasa aku mengenakan baju hujan yang ku simpan dahulu. Ketika dalam perjalan, ku lihat banyak orang yang turut memakai baju hujan bewarna-warni. Gelihati melihat pelbagai corak dan cara mereka memakai baju hujan itu. Ada yang memakai baju jenama “GIVI”, tidak kurang juga baju hujan bercop “ Kedai Ah Seng Motor Adik beradik” , ada juga yang memakai baju hujan seperti beg plastic sampah,beg plastik barang dan pelbagai lagi. Memang banyak ragam kalau namanya manusia. Tetapi aku juga hairan kerana wujud juga manusia yang dengan selambernya tidak memakai baju hujan dan menunggang motosikal seperti tidak ada apa-apa berlaku ketika ini. Sejenak ku berfikir..”Oh, patutlah ade orang macam tu” dengus hatiku. Konklusiku senang sahaja, kita hidup di dunia ini mempunyai pelbagai macam masalah, dan wujud pelbagai macam cara untuk menyelesaikan sesuatu dengan cara tersendiri. Ada yang juga berserah kepada takdir. Ada yang sudah bersedia untuk menyelesaikan masalah dan ada juga yang takut untuk berhadapan dengan masalah.. Semua perkara yang terjadi di dalam kehidupan ini sudah ditentukan. Terpulang kepada manusia itu sendiri untuk mewarnai dan mencorakkan kehidupan mereka sendiri. Sekian….Aku sudah tiba ke tempat kerjaku.
Post a Comment