Jangan fikirkan anda BOROI

Seringkali anda memakai seluar, bahagian perut anda terasa sangat susah untuk menyarung seluar yang anda baru sahaja beli bulan lepas. Masalah ini mungkin hilang ketika anda bersama teman anda keluar melepak di kedai makan mamak/mapley yang berdekatan. sambil ketawa berdekah-dekah, mee goreng, kentang goreng, teh ais, neskafe ais dan pelbagai makanan & minuman telah masuk ke dalam perut anda tanpa dipaksa oleh mulut dan tangan anda.
itulah rentetan yang selalu kita dengar daripada kawan-kawan rapat kita.APA kata, anda sarankan senaman sihat ini untuk mereka agar mereka dapat mengekalkan badan sihat, cantik menawan dan segak.hehehe
Langkah demi langkah:

(1&2) KAKI...untuk menguatkan kaki, luruskan badan sambil kedua-dua tangan memegang sebiji bola. Kemudian, dengan perlahan bengkokkan kaki ke bawah. Tahan, kira sebanyak 15 kali dan lakukannya dua set.

3&4) TANGAN BELAKANG...bengkokkan kaki kiri sambil tangan menahannya di atas bangku. Tangan sebelah kanan yang memegang dumbell diangkat lurus hingga bahagian pinggang dan hayun ke bahagian belakang secara perlahan-lahan. Tahan dan kira sebanyak 15 kali, buat dalam dua set. Ulangi rutin yang sama untuk tangan kiri. 

5&6) TANGAN DEPAN...luruskan badan dan pegang dumbell untuk dijadikan beban. Dengan perlahan-lahan, bengkokkan tangan ke atas hingga paras bahu. Ulang sebanyak 15 kali, buat dua set bagi menguatkan otot pada bahagian tangan depan.

p.s : selamat mencuba..heheh

0 comments: