8/9 Minit tahan nafas dalam AIR ?

WAH!!! ajaib jugak manusia ni. bukan apa.saya dah cuba paling lama 2 minit jer menyelam tanpa alat bantuan pernafasan dalam air. tapi masih ada lagi orang yang "bernafas panjang" macam diorang ni. salute gak tahan nafas dalam air sambil menyelam. kalau ikan nampak pun ikan lari sebab die ingat ade ikan besar ada banyak sirip kat badan..hehehe (orang ler tu). apa yang saya mengarut ni.hehe
2 jejaka hensem kat sebelah ni Mohd Nazri Mat Sharif, 31, dan Mohd Nawang Osman, 30 memang Terrer tahap gaban dan digelar penjejak mayat kat area Air Terjun Belukar Bukit, Kuala Berang Terengganu. JPAM mesti selalu guna khidmat dorang ni kalau ada kes-kes kehilangan mangsa yang mandi kt air terjun tu. hanya kes hilang sahaja.kes kecurian dorang memang tak boleh nak tolong sebab dorang kene pakai spek gugel kat sebelah atas ni. Dorang ni dah ditreiningkan oleh pakcik makcik kat kampung dorang untuk bernafas secara betul dan teknik-teknik kuasai menyelam dalam air jurus ke-9, hehe. Sebab itulah dorang sangat hebat berbanding penyelam-penyelam berdaftar untuk pergi skuba atau diving kat luar sane. Dorang cakap khidmat dorang ni bukan semata-mata untuk wang ringgit.tapi sebagai tanggungjawab mereka untuk menjaga keamanan air terjun serta kampung mereka daripada dilanggar todak..eh... daripada malapetaka atau bencana,atau kecacar merbaan yang kian pesat sekarang.bak kata pepatah citer spiderman "Great Power is More Responbilities".
okey dahlah tu...merapu sakan arini..sorry yer :D

0 comments: