KOPI vs Penyakit ( Alzheimer,Parkinson,Kanser )

Minuman yang berpengaruh di negara kita seperti yang diatas terhadapa setiap individu didalam muka bumi ini. Pelbagai gerai dan kedai makanan & minuman telah meangkat kopi sebagai tema utama kedai mereka seperti. Old Town White Coffee,Starbuck, dll. Minuman ini menjadi salah satu kegemaran pertama mereka dan wujudlah pelbagai persoalan di mana, selamatkah minuman berkafein ini untk tubuh badan manusia.
( menarik perhatian setiap pengkaji untuk mengkaji kadaran kopi sebagai salah satu minuman utama manusia )

ALZHEIMER
-penyakit ini boleh mengganggu fungsi sistem otak
-pesakit boleh merosot pengingatannya, membuat keputusan dan memahami perbualan(lampi @ lambat pikap)
-pesakit boleh juga berubah sikap dan ia selalu terjadi kepada ketika usia mencecah 60 tahun ke atas.
-faktor persekitaran & genetik juga mempengaruhi pesakit ini.

Namun demikian, punca utama penyakit ini masih dapat belum didapati sehingga kini. Beberapa kajian telah dijalankan dan mendapati serta mencadangkan bahawa pengambilan KOPI dapat mengurangkan risiko Alzheimer.
KAJIAN KES untuk golongan pertengahan mendapati bahawa dengan kopi, risiko lebih rendah untuk mereka mendapatkan  penyakit Dementia & Alzheimer apabila umur mereka meningkat.
Individu minum 3-5 cawan sehari mendapati risiko lebih rendah daripada individu yang tidak minum.



Penemuan ini membuka ruang untuk kajian yang lebih mendalam mengenai kemungkinan & potensi kopi membantu mengurangkan penyakit Alzheimer.

PARKINSON
-penyakit gangguan saraf otak menyebabkan badan menggeletar, mengganggu pergerakan & koordinasi pesakit.
-pesakit 50 tahun ke atas atau lebih muda.
-rawatan pesakit ini masih belum ditemui

Sejak 1968, saintis mendapati ada kaitan pengambilan kopi dengan pengurangan penyakit parkinson.Terbaru melalui analisis meta menilai 13 buah kajian mendapati risiko menghidap parkinson 30% lebih bagi mereka yang minum kopi, berbanding mereka yang tidak minum. Kajian ini semua mendapati bahawa ini mungkin disebabkan bahan tertentu dalam kopi membantu melindungi sel-sel saraf dalam tubuh daripada kerosakan.

KANSER
Laporan pakar diterbitkan kerjasama Dana Kajian Kanser Dunia & Institusi Kajian Kanser Amerika menyatakan bahawa pengambilan kopi mungkin tidak memberi kesan yang signifikan ke atas peningkatan @ penurunan risiko kanser pankreas & buah pinggang. Namun ada bukti hasil kajian populasi berskala besar yang mencadangkan pengambilan kopi dikaitkan dengan risiko lebih rendah bagi penyakit kanser hati, buah pinggang, kolorektal dan payudara meskipun kesan penurunan risiko kedua-dua jenis kanser ini tidak begitu ketara.
Bahan seperti kafein, diterpen, asid kafeik, polifenol dan pelbagai sebatian aromatik & hetrosiklik yang terkandung di dalam kopi, mungkin berperanan di dalam mengurangkan risiko menghidap jenis kanser yang disebutkan di atas. Masih banyak kajian yang perlu dilakukan untuk menyokong hasil kajian terdahulu mengenai kesan pengambilan kopi terhadap kesihatan. Namun, apa yang pastinya disini ialah pengambilan kopi secara sederhana iaitu 3-5 cawan sehari bagi dewasa adalah selamat. Oleh itu, nikmati kopi anda secara sederhana.
Post a Comment