
TILAM, BANTAL, SELIMUT, TIN & KONDOM dijumpai pada 16 buah pondok nipah buatan manusia di Hutan Simpan Kenaboi Jelebu yang mana tempat mereka melempiaskan nafsu seks tanpa mengira tempat dan persekitaran. Selain itu juga fasiliti lain juga turut dijumpai seperti dapur gas, kuali, periuk dan tandas.Mungkin cara ini selamat dan paling utama ia paling menjimatkan wang tanpa perlu check-in di hotel-hotel bajet kerana takut diserang hendap oleh pasukan pencegah maksiat Jab.Agama di negeri mereka. Mengikut sumber Markas tempat pelempiasan nafsu itu dibina oleh sekumpulan pemilik kenderaan pacuan 4 roda (4x4) yang mempunyai hobi beriadah dan bersuka ria secara agak kurang sopan pada hujung minggu.
0 comments:
Post a Comment