Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M)

Datuk Seri Najib Tun Razak  program Rumah Mesra Rakyat kini dikenali sebagai Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) dan kerajaan bersetuju supaya isi rumah dengan pendapatan maksimum sehingga RM3,000 layak memohon RMR1M berbanding RM1,500 sebelum ini.
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina 10,000 unit RMR1M tahun ini.
Program perumahan ini membolehkan rakyat memiliki rumah berkualiti dan selesa serta kehidupan lebih bahagia.
"Semua Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia akan dibina dengan mengguna pakai teknologi Industrialised Building System (IBS) dengan keluasan binaan lebih besar tanpa melibatkan sebarang tambahan kos kepada pemohon," katanya ketika melancarkan lapan model baharu RMR1M di Durian Tunggal sempena lawatan sehari beliau ke Alor Gajah, Melaka semalam.

0 comments: