Cerai di Perlis Meningkat


Sekarang zaman moden, semakin senang untuk kita buat apa saja. makin senang untuk merperlekeh hukum agama. bersetujukah anda dengan pernyataan saya.hehe. begini, sudah 450 kes perceraian yang direkodkan di Perlis sejak bulan Januari tahun ini dan 522 kes adalah kaum Melayu ditingkat tertinggi di sana. Kebanyakan pasangan bercerai adalah perkahwinan yang kurang daripada 10 tahun perkahwinan, berumur 40 tahun kebawah dan kebanyakan berkahwin di usia muda. Sebab-sebab mereka berbuat sedemikian adalah kerana cetek ilmu agama, suami mengabaikan tanggungjawab,campurtangan pihak keti-3, suami suka main poli, hehe..poligami , serta masalah komunikasi ( miss communication ) dan masalah ekonomi keluarga yang goyah. olahan dari Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Jawatankuasa Hadhari dan Pembangunan As-Sunnah Negeri, Jafperi Othman . So, apa cadangan anda untuk kita bendung masalah ini, bukan apa, tak lama lagi kita pun akan berkahwin jugak atau mungkin anda sudah berkahwin dan mungkin boleh berkongsi bagaimana untuk kita tidak terjebak dan kaget apabila masalah ini mula tersebar nanti...
Pada pandangan telus saya, mungkin cara lama seperti kempen, ceramah, seminar atau kelas atau apa jua yang ktia sedar medium untuk penyebaran maklumat dan ilmu tidak lagi sesuai untuk masyarakat kita sekarang. Ini kerana dilihat zaman serba sofistikated ini mendambakan sesuatu yang baru yang boleh memberikan minat mendalam dan juga sesi penyebaran maklumat itu akan lebih terhasil...erm..erm....

mari kita sama-sama fikirkan... tq :D

0 comments: