Pisau Ditujah 35 kali di badan ( GILA GEMPOR )

KUALA LUMPUR: Dalam kesengsaraan dan berlumuran darah selepas ditikam 35 kali di seluruh tubuh, seorang wanita masih mampu mengesot lima meter untuk meminta pertolongan orang ramai menerusi tingkap rumah sewanya di Jalan Puncak Desa, Kepong, awal pagi semalam.
Bagaimanapun, Rozana Mohd Yusak, 35, yang dihantar ke Hospital Selayang oleh jiran, meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital jam 2.10 pagi.
Sebelum itu, pada jam 1.30 pagi, mangsa yang juga kerani bank ditikam dengan objek tajam 35 kali di seluruh tubuh termasuk lengan kiri, paha, bahu, rusuk dan belakang badan di dalam rumah sewanya ketika dia bersendirian.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan ada seorang wanita berlumuran darah akibat kesan tikaman di sebuah rumah kedai pada jam 1.55 pagi.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa ditikam di ruang tamu rumah sewanya dan mengesot ke arah tingkap untuk meminta pertolongan. harian metro
KERATAN akhbar di atas menunjukkan keadaan sekarang yang kita lalui ini. Kemanakah hilang pertimbangan seseorang manusia itu jika perkara ini sanggup dilakukan tanpa segan silu, kewarasan akal ataupun kematangan berfikir. saya sendiri agak hairan,pelik,takut,marah dan pelbagai persoalan yang timbul dan tidak tenggelam daripada petang tadi melihat artikel ini di suratkhabar...
PERSOALANNYA.... adakah perkara ini akan jadi kebiasaan pada masa akan datang ? dan adakah manusia akan hilang pertimbangan dari hari ke hari. Dimana silapnya, yang penting bukan salah ibu mengandung. sama-sama kita fikirkan....

0 comments: