Kerana Hanya Kau Duhai COKLAT


KUALA LUMPUR – Gara-gara mencuri beberapa keping coklat, dua remaja berusia 18 tahun masing-masing dihukum penjara sehari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.


Majistret Erry Shahriman Nor Aripin memerintahkan kedua-dua remaja itu menjalani hukuman penjara hari ini atau dipenjara sebulan jika gagal membayar denda yang ditetapkan.


Kedua-dua mereka yang menganggur kemudian membayar denda berkenaan.


Remaja pertama, Shaiful Azhan Shaiful Azmi, mengaku bersalah atas dakwaan mencuri dua keping coklat bernilai RM7.80, jenama KitKat dan Barnsberry di Pasar Raya Mydin, Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 2 petang, Jumaat lepas.


Remaja kedua, Mohd Azlil Al Jefri pula mengaku bersalah mencuri coklat serta pelbagai barangan keperluan lain dengan nilai berjumlah RM52.40 di pasar raya yang sama, pada hari dan tarikh yang sama.


Dia didakwa mencuri dua keping coklat KitKat, sebotol syampu jenama Head and Shoulders, dua botol syampu jenama Pantene dan sebotol syampu jenama Follow Me dari tempat simpanan barang di pasar raya itu. – Bernama


Anda mungkin peminat coklat bukan, akan tetapi sanggup tak nak buat perkara macam di atas ni. tentu tidak. saya faham. cuma kadang-kadang dan selalunya kejadian mencuri makin hari makin menjadi jadi. mungkin kegiatan mencuri ini satu hobi yang tidak boleh ditinggalkan atau memang seseorang itu terdesak kerana mencuri. saya kurang pasti kenapa dua orang di atas ni sanggup buat macam tu. kadang-kadang pelik punya pencuri pun ada. mungkin dorang peminat coklat tegar kot.hehe. persoalannya, kenapa mencuri ? takkan takde setakat seringgit dua untuk dorang beli coklat tu. mungkin anda ada jawapan ... ??
Post a Comment