2 sistem komunikasi ditutup secara berasingan #MH370




KUALA LUMPUR: Pegawai-pegawai Amerika Syarikat, mempercayai bahawa dua sistem komunikasi dalam pesawat MH370 mungkin telah ditutup secara berasingan, menurut laporan ABC News.

Penyiasat Amerika Syarikat yang enggan dikenali dipetik oleh ABC News sebagai berkata, kedua-dua bentuk komunikasi itu telah ‘ditutup secara sistematik’.

"Mereka percaya, sistem data laporan telah ditutup pada 01:07 pagi dan transponder - yang menghantar radar – telah ditutup pada 01:21 pagi" kata laporan itu.

"Ini menunjukkan ia mungkin satu tindakan yang disengajakan" kata seorang pakar penerbangan ABC News, John Nance.

Menurut satu lagi sumber yang enggan dikenali, 'penutupan sistematik'  itu menunjukkan bahawa kapal terbang itu tidak hilang kerana bencana alam.

Sumber itu memberitahu media bahawa pasukan Amerika Syarikat  yakin bahawa terdapat campur tangan secara manual.

Pada Khamis, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad, Jauhari Yahya berkata penghantaran yang terakhir adalah pada 01:07 pagi dan pesawat tidak terbang lebih dari itu.

Kemudian Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Malaysia,  Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata maklumat terhadir diterima ialah pada 01:21 pagi.

"Dalam radar sekunderi kita radar telah dihantar kira-kira 1.21 pagi, dan sasaran hilang pada jam 1.30 pagi, " katanya.

Masa-masa yang berbeza dan kenyataan yang seolah-olah bercanggah telah ditambah kepada kekeliruan sejak misi pencarian bermula pada Sabtu.

MH370 terus ‘ping’ kepada satelit setiap sejam selepas is terputus hubungan dengan radar, menurut pegawai-pegawai Amerika Syarikat seperti yang dilaporkan ABC News.

Ini bukan kali pertama yang kemungkinan bahawa MH370 terus terbang selama berjam-jam telah dibangkitkan.

Semalam, The Wall Street Journal melaporkan bahawa data dimuat turun secara automatik dari enjin Boeing Co 777 menunjukkan bahawa kapal terbang itu terbang selama lima jam selepas berlepas dari Kuala Lumpur.

Masa penerbangan lima jam selepas berlepas dari Kuala Lumpur bermakna pesawat boleh terus terbang dengan jarak tambahan kira-kira 2,200 batu nautika, mencapai titik sejauh Lautan Hindi, sempadan Pakistan atau Laut Arab.

Walau bagaimanapun , laporan ini telah dinafikan oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein petang semalam.
sumber


Post a Comment