Kes ular masuk rumah meningkat

KUALA KANGSAR - Cuaca panas dialami beberapa kawasan sekitar daerah ini, turut menyebabkan peningkatan kes lalang terbakar dan kes ular mencerobohi kediaman.

Justeru, Pegawai Pertahanan Awam Daerah, Mohd Haspi Hamzah berkata, cuaca yang panas boleh menjadi punca haiwan berbisa menjadikan kediaman manusia sebagai tempat berlindung.

“Jika haiwan ini terjumpa tempat perlindungan yang baik seperti rumah, pasti mereka akan menjadikannya sebagai tempat berteduh.

“Sebagai keselamatan, orang awam perlu memastikan ruang atau lubang yang ada dalam rumah ditutup bagi menghalang haiwan masuk ke dalam kediaman mereka,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang awam  tidak mengambil tindakan sendiri jika ular memasuki rumah mereka.
sumber

Post a Comment