tergempar pesawat MH066 KL-Incheon buat lencongan ke Hong Kong kerana masalah teknikal







KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines hari ini mengesahkan bahawa pesawat MH066 dari Kuala Lumpur ke Incheon pada 23 Mac telah dilencongkan ke Hong Kong kerana kegagalan generator pesawat yang menjana bekalan elektrik.

Namun demikian, bekalan elektrik disambung bekalannya oleh Unit Bekalan Bantuan. Pesawat itu kemudiannya dilencongkan ke Hong Kong untuk dibaiki dan mendarat dengan selamat.

MH066 yang dikendalikan oleh pesawat A330-300 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 11.37 malam dan dijaduallkan tiba di Incheon pada 6.50 pagi waktu tempatan.

Kesemua 271 penumpang dipindahkan ke pesawat lain. Penerbangan pulang MH067 dari Incheon ke Kuala Lumpur dibatalkan dan penumpang telah dipindahkan ke pesawat lain.
sumber

0 comments: