MENCARI KEBERKATAN MASA


Banyak faktor yang menyebabkan manusia leka dan lalai dalam
menguruskan masa. Antara faktor kegagalan kita dalam menguruskan masa
dengan sebaiknya ialah:

1. Tidak memahami matlamat kehidupan di dunia.
2. Sikap malas dan sambil lewa.
3. Sikap suka bertangguh dan membuang masa.

masa adalah umur kita. Ia ibarat suatu nyawa yang akan kita bawa ke mana-mana.
Justeru itu :

1. Hargailah masa semampu yang mungkin kerana sekali ia pergi, maka
tidak akan kembali lagi, walaupun sekali.
2. Isilah masa dengan amalan-amalan yang berfaedah dan janganlah
mensia-siakannya.
3. Uruskanlah masa dengan sebaik mungkin kerana ianya adalah umur
kita.
sumber
tajuk khutbah 14/03/2014


0 comments: