MH370: Muhyiddin sedih dengan tragedi MH370



KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan takziah kepada keluarga 239 penumpang dan anak kapal pesawat MH370.

Muhyiddin berkata berita tersebut amat mendukacitakan dan beliau sesunggunya amat sedih dengan tragedi yang berakhir dengan 239 nyawa terkorban.

"Tiada perkataan yang dapat menggambarkan perasaan ahli keluarga yang tertunggu-tunggu apakah nasib penumpang pesawat itu sebaik menerima berita ini.

"Semoga Allah memberi ketabahan dan kekuatan kepada keluarga penumpang dan krew MH370 untuk mengharungi cubaan ini," katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata seluruh dunia berkongsi kesedihan bersama kaum keluarga apatah lagi rakyat Malaysia dan semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370.

"Marilah kita sama-sama menghadiahkan Al-Fatihah kepada penumpang beragama Islam yang terkorban, dan bertafakur untuk mereka yang bukan Islam. Moga roh mereka ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Takziah," katanya.
sumber

Post a Comment