MH370 transponder dimatikan melalui beberapa teknik



SEPANG - Pihak berkuasa sedang meneliti empat hingga lima kemungkinan mengenai bagaimana transponder pesawat MH370 boleh dimatikan, kata Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
 
Bercakap dalam sidang media harian mengenai perkembangan terkini berhubung kehilangan pesawat MAS itu hari ini, Hishammuddin berkata antara kemungkinan tersebut ialah akibat letupan, dimatikan secara sengaja atau dalam keadaan dures.
 
"Kami melihat semua kemungkinan, sebab itu saya tidak mahu membuat spekulasi," katanya menjawab soalan sama ada wujud bukti kedua-dua transponder pesawat dimatikan secara sistematik.
 
Ditanya sama ada pihak berkuasa tempatan menerima signal 'pings' atau denyut elektronik daripada pesawat yang boleh membantu siasatan dalam menentukan laluan dan lokasinya, Hishammuddin berkata banyak pegawai tidak bernama membuat pelbagai cadangan.
 
"Kami sedang menyiasat dan meneliti secara mendalam siapa (sumber itu), dari mana dan mengenai apa," katanya.

Menurut laporan Wall Street Journal, penerbangan MH370 telah menghantar satu siri 'pings' atau denyut elektronik dengan yang terakhir dihantar dari lokasi di atas permukaan air pada altitud jajap
 
Sementara itu, Hishammuddin turut menyangkal dakwaan pihak berkuasa Malaysia menghalang Rolls-Royce dan Boeing daripada menghebahkan maklumat berkaitan pesawat.
 
"Kami tidak memberi sebarang tekanan kepada mereka. Mereka bekerjasama dengan kami sejak awal," katanya.
 
Rolls-Royce semalam bersetuju dengan penafian kerajaan Malaysia bahawa laporan mengenai pesawat penumpang MAS itu mungkin terbang selama empat jam setelah hilang daripada imbasan radar, sebagai tidak benar.
 
Pesawat ke Beijing dengan 239 penumpang serta anak kapal itu hilang daripada radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac lepas.  - sinar harian / bernama
sumber

0 comments: