Kerajaan negeri dan rakyat Selangor kongsi kesedihan MH370


SHAH ALAM: Selepas lebih  dua minggu seluruh dunia dan  rakyat Malaysia  khasnya berdoa serta berharap agar penumpang dan anak kapal MH370 untuk pulang dengan selamat, akhirnya  kita  redha dan kesedihan yang tidak terbilang  dengan kesudahan tragedi pesawat tersebut yang dilaporkan berakhir di Lautan Hindi.

Saya mewakili kerajaan Selangor dan rakyat Selangor  mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa dan berdoa agar Allah SWT permudahkan mereka dalam menghadapi kesedihan ini.

Dalam berkongsi kesedihan mereka, kami amat berharap orang ramai khususnya pihak media supaya menghormati ruang peribadi dan emosi setiap ahli keluarga mangsa yang terlibat  dalam menghadapi masa  yang amat mencabar dan memilukan ini.

Kerajaan Selangor sedia membantu keluarga mangsa  untuk mengadakan majlis tahlil bagi yang beragama Islam atau acara pengebumian mengikut kepercayaan masing-masing bagi yang bukan Islam.  Satu majlis tahlil akan diadakan di Masjid Negeri Shah Alam pada malam esok dan kami  berharap umat Islam  akan menyertai untuk bersama-sama  mendoakan agar roh mereka yang pergi dicucuri rahmatNYA.

Al-Fatihah
sumber

0 comments: