jerebu di klang "sangat tidak sihat"


KUALA LUMPUR: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan Pelabuhan Klang berada di tahap 'Sangat tidak sihat' yang mencecah 229 pada jam 10 malam.  Sebelum ini pada jam 7 malam, Pelabuhan Klang mencatatkan bacaan 308 iaitu tahap "Berbahaya".

Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), beberapa kawasan berada di tahap 'tidak sihat' seperti Batu Muda, Kuala Lumpur (139), Cheras, Kuala Lumpur (121), Shah Alam (149), Petaling Jaya (161), Putrajaya (135), Kuala Selangor (110), Banting (186), Tanjung Malim (121), Seremban (111), Port Dickson (128), Nilai (129), Bukit Rambai (104), Bandaraya Melaka (101) dan Muar (125).

Beberapa negeri lain pula mencatatkan bacaan baik dan sederhana.

Bacaan IPU pada tahap 5-50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300 (berbahaya).
sumber



0 comments: