Berbanding penyakit lain, sakit sendi sering dianggap remeh kerana dirasakan tidak berbahaya hingga menyebabkan kematian.

Tanpa menyedari penyakit dideritai ialah Artritis Reumatoid (RA), pesakit lambat mendapatkan rawatan, menyebabkan usaha mengubatnya sukar. Ini kerana RA mengambil masa lama untuk menunjukkan gejala ketara.

Sekitar lima daripada 1,000 individu di Malaysia dan 23.7 juta individu di seluruh dunia menghidap RA. Ia penyakit serius dan progresif yang boleh menyebabkan kerosakan sendi yang tidak boleh dipulihkan.

Presiden Yayasan Artritis Malaysia, Dr Amir Zain berkata, RA ialah penyakit auto imun sistemik kronik yang menyakit dan melumpuhkan.

"Individu dengan artritis akan mengalami kesakitan, bengkak dan kejang pada sendi, terutama di tangan, kaki dan lutut. Kajian menunjukkan individu dengan RA adalah 40 peratus lebih berkemungkinan untuk mengalami kesihatan am yang sederhana atau teruk berbanding individu tanpa RA.

"Sebagai tambahan kepada simptom yang menyakitkan dan kesan seterusnya ke atas kualiti hidup, RA adalah penyakit jangka masa panjang yang boleh membebankan penyakit dari segi ekonomi," katanya.
Kanser usus atau kolorektal semakin bertambah jumlahnya dalam kalangan penduduk Malaysia. Menurut Daftar Kanser Kebangsaan Malaysia (NCR) pada 2007, kanser usus adalah kan­ser kedua tertinggi insiden di Malaysia selepas kanser payudara.

Semakin ramai mendapat pe­nyakit ini, terutama golongan lebih muda, kerana gaya hidup tidak sihat, termasuk masalah kegemukan, kurang aktiviti fizikal, merokok dan pemakanan tidak sihat.

Pemakanan faktor terpenting mencegah kanser usus. Satu kajian dijalankan di Eropah selama 12 tahun menunjukkan enam gaya hidup yang meningkatkan risiko kanser usus adalah kegemukan, perut buncit, kurang aktiviti fizikal, merokok, minum minuman beralkohol dan makan makanan proses.

Untuk mengurangkan risiko kanser usus, pakar mencadangkan beberapa langkah boleh kita amalkan.

Amalkan pemakanan seimbang dan sihat mengandungi buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, biji-bijian dan makanan berserat tinggi seperti oat, beras perang. Sayuran seperti brokoli, kobis, bunga kobis dan taugeh sangat baik dimakan selalu untuk mencegah kanser usus.

Kurangkan makan daging merah seperti daging lembu dan kambing. Masak daging dengan suhu tinggi seperti menggoreng, memanggang hingga hitam atau barbeku boleh meningkatkan risiko kanser usus kerana penghasilan bahan dipanggil AGE (advance glycation endproduct).


Dalam merawat kanak-kanak, penggunaan ubat yang selamat sangat penting kerana tindak balas tubuh kanak-kanak terhadap ubat tidak sama dengan orang dewasa. Ini kerana wujud perbezaan keadaan fisiologi dan kematangan organ dalam tubuh mengikut peringkat usia dan perkembangan mereka.

Kanak-kanak lebih terdedah kepada risiko mendapat kesan toksik dan kesan sampingan ubat jika berlaku kesilapan pemberian dos ubat. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting, terutama dalam aspek kesedaran dan pengetahuan berkaitan penggunaan ubat yang betul dan selamat untuk kanak-kanak.

Antara pengetahuan penting harus diberi penekanan adalah cara penyediaan, pengambilan dan penyimpanan ubat untuk memastikan keselamatan dan keberkesanannya ketika digunakan.

Cara pengambilan ubat juga penting bagi memastikan kanak-kanak mendapat rawatan optimum. Ibu bapa atau penjaga perlu mengikut arahan doktor dan ahli farmasi dalam memastikan keberkesanan rawatan.

Pengetahuan berkaitan ubat yang betul, dos yang betul, cara dan masa pengambilan yang betul serta tempoh rawatan ubat yang optimum dapat membantu dalam pemulihan dan pencegahan penyakit.


Menurut Kaji Selidik Tingkah Laku dan Kepuasan Seksual 2013, sebanyak 45 peratus lelaki dan 71 peratus wanita dilaporkan mengalami masalah ejakulasi pramatang (PE) dan tidak puas dalam hubungan mereka.

Sebanyak 89 peratus lelaki dan 81 peratus wanita yang mengalami masalah PE pula menyatakan, ia memberi impak negatif terhadap hubungan dengan pasangan masing-masing.

Mengapa sesetengah lelaki sukar bertahan di ranjang, sedangkan situasi ini menimbulkan tekanan emosi kepada mereka dan pasangan?

Dulu saya sangat ego, saya tidak boleh menerima yang saya gagal dari segi kewangan. Saya pandai, saya ada kerja, saya ada bisnes, saya tak perlukan nasihat sesiapa untuk menyelesaikan masalah kewangan saya.

Rupa2nya, Ego itulah merupakan tembok penghalang terbesar dalam diri saya untuk bergerak dari satu tahap kepada satu darjat yang lebih baik.

Disebabkan terlalu fokus mencari duit untuk menyara keluarga, dan hasilnya duit yang dicari tidak pernah cukup, tanpa saya sedari, saya terlepas dan terlupa untuk menikmati hidup ini.

Bagaimana kuat sekali pun saya bekerja, saya tetap dapat duit yang sedikit, yang hanya mampu untuk meneruskan kehidupan yang biasa2 saje. Tiada nikmat tetapi keperitaan yang sudah menjadi satu kebiasaan dalam diri.

Ego lah yang memenjarakan kita selama ini untuk menikmati keindahan hidup yang Tuhan kurniakan dimuka bumi ini. Ego lah yang menyebabkan syaitan terkeluar dari kenikmatan tersebut. Ego lah tahap pengukur darjat manusia.

Mungkin kita tidak sedar, sebab kita rasa kita telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah kewangan kita, kita sangat rajin bekerja, tetapi 'belum ada rezeki lagi'.

Mungkin anda betul, anda belum bertemu jalan sahaja lagi. Tetapi hakikatnya, anda tidak akan bertemu jalan tersebut, jika anda tidak mahu mencari.

Doktor tidak dapat mengubati pesakit yang tidak mahu datang ke hospital untuk berubat. Cikgu tidak boleh mengajar murid yang tidak mahu pergi sekolah.

Seseorang tidak boleh dibantu kalau dia sendiri tidak mahu dibantu. Kesedaran tidak akan datang kepada sesiapa yang awal2 lagi sudah menutup pintu hati untuk mengetahui sesuatu kebenaran. Anda tidak akan berubah jika anda sendiri tidak mahu berubah.

ikhlas daripada
KPL azmiee zein
KEIKHLASAN PERNIAGAAN LANCAR-KPL

Kaji selidik HSBC Bank mendapati lebih 45 peratus daripada warga kerja di negara ini berpendapat kos sara hidup meningkat pada kadar lebih pantas daripada pendapatan mereka, manakala warga Malaysia ialah yang tertinggi di Asia (28%) berkata keupayaan menyimpan untuk persaraan terkesan daripada beban hutang.

"Kesan jangka panjang kelembapan ekonomi global akan dirasai ramai untuk beberapa dekad akan datang.

"Sungguhpun terdapat tanda-tanda pemulihan ekonomi, impak jangka panjang akan menyebabkan gelombang kepada jutaan rakyat yang terpaksa menggunakan simpanan dan berhutang bagi menghadapi kesukaran yang dihadapi," kata Pengurus Besar Perbankan Runcit dan Pengurusan Kekayaan HSBC Bank Malaysia Bhd, Lim Eng Seong.

Bismillah.
Assalamualaikum kawan2 yang tenang.

Ini sedikit perkongsian dikelas aura Minda separa sedar ini adalah share terbesar dalam diri kita. 90% terbwsar yang allah bg pada kita. Minda separuh sedar ini suka kita belai dia, suka kita puji dia suka kita manjakan dia. Pernah kah anda terfikir swsuatu benda yg anda nak buat otak kata lain tapi hati kata lain? Yang kita perlu jaga adalah hati kita. Macam mana nak jaga hati kita iaitu minda separuh sedar? Belajar maafkan diri sendiri dulu. Mcm mana nak maafkan diri kita sendiri  mcm ni cara nya.

Duduk dalam keadaan alpha. Dan tangan kanan sentuh pada kalbu tagan kiri pegang tangan kanan. Selepas itu sebut nama 3 kali dan cakap atiqah atiqah atiqah aku minta maaf aku selalu tak endah kan kau aku tak jaga kau. Mulai hari ni aku nak jaga kau betol2 aku nak sayang kau betol2. Manusia selalu jaga perasaan orang lain tan pa pikir hati sendiri.

Jika sale anda meningkat. Bawalah diri anda ke spa atau facial sebagai hadiah diri anda.

Solat dhuha jangan dilupa. Kalau boleh kan wktu doa dengan allah buat manja2. Macam kita nak sesuatu dari orang lain. Kita buat dengan manja kan? Mcm tu juga dengan allah.

Senarai sayur-sayuran yang dpt membantu mencegah kanser:

01: 98.7% - ubi keledek kukus
02: 94.4% - ubi keledek mentah
03: 93.9% - asparagus
04: 82.8% - kubis bunga
05: 91.4% - kubis
06: 90.8% - brokoli
07: 83.7% - daun saderi
08: 74.0% - kulit terung
09: 55.5% - lada benggala
10: 46.5% - lobak merah
11: 37.6% - bunga lily kering
12: 35.4% - kubis cina
13: 34.7% - kailan
14: 32.9% - sawi
15: 29.8% - mizuna/sawi Jepun
16: 23.8% - tomato

Minum air lemon panas boleh mencegah kanser.  Jangan tambah gula. Air lemon panas lebih bermanfaat drp air lemon sejuk. Ubi keledek kuning dan ungu mempunyai zat yang baik untuk mencegah kanser.

1. Kerap mengambil makan tengah malam boleh meningkatkan peluang kanser perut

2. Jangan mengambil lebih daripada 4 biji telur seminggu.

3. Memakan punggung ayam boleh menyebabkan kanser perut.

4. Jangan mengambil buah-buahan selepas makan. Sepatutnya diambil sebelum makan.

5. Jangan ambil teh ketika tempoh haid.

6. Kurangkan pengambilan susu soya, tiada gula tambahan atau telur ke dalam susu soya.

7. Jangan makan tomato dengan perut kosong.

8. Minum segelas air kosong setiap pagi sebelum makan untuk mengelakkan hempedu batu karang.

9. Tidak makan 3 jam sebelum waktu tidur.

10. Kurangkan minum teh tarik, tiada nutrisi tetapi boleh menyebabkan diabetes dan tekanan darah tinggi.

11. Jangan makan roti bakar ketika masih panas dari ketuhar atau pembakar roti.

12. Jangan mengecas telefon bimbit atau sebarang peranti bersebelahan anda ketika tidur.

13. Minum 10 gelas air sehari untuk mencegah kanser pundi kencing.

14. Minum air lebih banyak pada waktu siang dan kurang pada waktu malam.

15. Jangan minum lebih daripada 2 cawan kopi sehari, boleh menyebabkan insomnia dan gastrik.

16. Kurangkan makan makanan yang berminyak. Ia mengambil masa 5-7 jam untuk dicerna, menjadikan anda letih.

17. Selepas 5 petang, kurangkan  makan.

18. Makanan yang menbuatkan anda .. ikan laut dalam, pisang, limau gedang, roti mil penuh, bayam, bawang putih, labu, susu rendah lemak, ayam, ceri.

19. Tidur kurang daripada 8 jam sehari boleh merosakkan fungsi otak. Tidur sebentar pada waktu tengahari (qailulah) boleh mengekalkan rupa muda.

Air lemon panas boleh mengekalkan  kesihatan dan membuatkan anda hidup lebih lama.

! Air lemon panas boleh membunuh sel kanser.

Tambahkan air panas dengan 2-3 hirisan lemon. Jadikannya minuman harian.

Kepahitan dalam air lemon panas adalah bahan untuk membunuh sel kanser. Air lemon sejuk hanya mempunyai vitamin C, tiada pencegah kanser. Tomato yang dimasak mempunyai  penyembuh berbanding tomato mentah.

Air lemon panas boleh mengawal pertumbuhan kanser tumor.
Ujian klinikal telah membuktikan kajian air lemon panas.

Air lemon panas boleh mencegah darah beku.

#sharingiscaring


KONGSI ILMU UNTUK PENIAGA ONLINE

MENURUT KAJIAN :

WAKTU SESUAI POST DI FACEBOOK dan Instagram

Jangan merungut post kita tak ada engagement kalau kita sendiri tak tahu bila 'peak hour' di Facebook dan instagram ni. Saya selalunya 3 waktu yang sesuai untuk post di Facebook.

1) 12pm-2pm

Waktu ni paling ramai sebab waktu ni lunch hour. Banyak orang akses Facebook dan Instagram masa kat ofis. Masa kat ofis ni jugalah orang ambil kesempatan lunch hour untuk akses Facebook dan instagram.

2) 6pm-8pm

Waktu ini kebanyakan pekerja masih berada di ofis. Sambil menunggu 'jem' reda, atau menunggu suami ambil, waktu ni lah ramai melayari Facebook dan instagram.

3) 9am-10am

Waktu ini sangat sesuai untuk menanamkan jenama kita kepada pengguna Facebook dan instagram. Ini kerana ramai yang baru nak mula bekerja. Biasalah, orang kita ni kalau baru nak start kerja tu kena ambil 'inspirasi' sikit dengan melawat Facebook; instagram; website

Semoga memberi manafaat kpd semua .

Assalamualaikum wbt

Allah memberi kita 86400 saat sehari.. banyakkan masa?
.
.
Cuba kita tukarkan saat ini kepada duit?
.
Apa yang anda nak buat jika dapat duit sebanyak ini?
.
.
Gembirakan? Banyaknya DUIT!. kena habiskan dalam satu hari pulak tu. Esoknya dapat lagi. Jumlah yang sama.
.
Anda mesti habiskan duit sebanyak ini terus dalam masa sehari. Apa anda nak buat?
.
.
Bertapa pemurahnya ALLAH beri banyak masa untuk kita. Tapi adakah sesaat itu kita bayar untuk berada denganNYA dan mengingatiNYA?
.
.
Dan adakah kita sesaat pun mengucapkan rasa terima kasih kepadanya?
.
Dia cuma minta 5 waktu sahaja sehari untuk bercinta dengannya, itupun janji terlambat tunai (tak tepat waktu), Cincai-cincai, 5 minit, SIAP! Apatah lagi nak dating overtime (solat sunat)? Betul Betul?
.
.
"Demi masa, sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh yang saling berpesan-pesan kepada kesabaran dan kebenaran" Al-ASR,
.
.
Fikirlah.
.
.
Tinggalkan dunia dan pergilah kepadaNYA, dia akan berikan kesenangan dunia dan akhirat kepada kita.
.
.
Kita sibukkan urusan dunia, tinggalkan DIA. maka dia beri kita susah supaya kita ingat dia. Kerana DIA maha tahu, tanpa DIA, kita takkan mampu berdiri sekalipun.
.
.
Kembalilah kepada yang asal. Siapa yang menjadikan segala dan semua ini?
.
.
Merintihlah, sujudlah, syukurlah kepadaNYA.
.
.
.

PANTUN malay+english

Pulau pandan so far ke tengah,
Gunung daik bercabang triple,
Benda mungkar together kita tegah,
Dosa maksiat jangan ambil simple.

Buah cempedak outside the pagar,
Take the galah tolong jolokkan,
Larangan agama don't dilanggar,
Pesan ulamak don't dimomokkan.

Tanam pisang close together,
So the puyuh cannot lari,
Kita tak hidup di dunia forever,
That's why kena selalu muhasabah diri.

Two three kucing berlari,
Mana nak same the kucing belang,
Make sure istighfar setiap hari,
Just in case ajal menjemput senang.

So high is the matahari,
Anak buffalo dead tertambat,
Always reflect membersihkan diri,
Selagi bernyawa before terlambat.

Bread is roti,
Shadow is bayang,
Before you mati,
Better you sembahyang.      

Aminnn...

PERASAN TAK?...Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya...

PERASAN TAK?...30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...
...
PERASAN TAK?...Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung...

PERASAN TAK?...Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan...

PERASAN TAK?...Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan panjang...

PERASAN TAK?...Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah...

PERASAN TAK?...Orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar....
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan

Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam ..

Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

Ada 3 Hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang ..
2. Cinta
3. Kebaikan

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan ..
2. Kejayaan
3. Mimpi

Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus ..

Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki ..
2. Umur
3. Jodoh

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian. ?.

Ya اللّه , insan yg membaca ini adalah insan yg soleh n solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh ., jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya.

1. Mengakui bahawa dalam diri ada sifat hasad dengki.Melalui kesedaran ini.kita hadirkan rasa benci didalam diri kita iaitu benci kepada hasad dengki.

2. Doakan yang baik-baik kepada orang yg dihasad.seperti doa tambahkan rezeki orang itu.

3. Ucapkanlah ucapan yang baik2 kepada orang yg dhasad.

4. Perbanyakkan pertolongan kepada orang itu.bantu dia.sekiranya dalam perniagaan n perniagaannya memerlukan bantuan.bantulah sedaya kita.

5. Apabila datangnya sifat hasad dengki ni kepada kita.jangan layan.buat tak tahu.buat tak kenal je.

6. Yang ke 6 ini adalah yg paling mujarab iaitu kita zahirkan sifat-sifat Allah s.w.t seperti Al-Ghaniy..Maha kaya ( Allah sedang menzahirkan kekayaanNya kepada Hambanya itu ), Al-Kariim..Maha Pemurah ( Allah sedang menzahirkan kemurahanNya kepada hambaNya itu), Ar-Razzaaq ( Maha pemberi rezeki ( Allah sedang memberi rezeki kepada hambanya itu)....

*seandainya hati kita memberontak kenapa nama-nama Allah itu tidak dzahirkan atau dberikan kepada kita..ketahuilah kepada diri kita bahawa Allah itu dalah Al-Hakiim iaitu semuanya dlakukan dengan bijaksana, semuanya dengan hikmah, pengagihan yang dberikan oleh Allah s.w.t tidak perlu dprotes.

-credit Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

Kisah kentut ketika mesyuarat guru. Tiba2, terdengar bunyi "phooooott" disusuli aroma yang
kurang enak. Lalu masing2 memberikan komen:

Guru Maths: Hmmm ... Sesuatu yang tidak boleh didarab namun baunya boleh dibahagi2.

Guru Muzik: Wahh ... Bunyi nadanya terletak pada chord c major.

Guru Fizik: Itu lah sebenarnya inner power, tenaga
yg digunakan sedikit sahaja, namun hasilnya luar biasa.

Guru Biologi: Begitulah cara makhluk hidup
meneruskan kehidupannya.

Guru Agama: Ini la antara penyebab batalnya wuduk.
Guru Geografi: Kedudukannya mengikut arah mata
angin.

Guru Kaunseling: Perilaku ini tak selari dengan perilaku manusia yang bertamadun.

Guru Sastera: Perkataannya boleh diuntai atau ditulis, namun aromanya nan satu manakan dapat diungkapkan dengan kata2.

Guru Bahasa: Bau dan bunyinya ibarat subjek melengkapi predikat yang membentuk ayat penyata tetapi lebih menjadi ayat tanya.

Guru Sejarah: Antara penyebab berlakunya
perang mulut.

Guru Besar: Sememangnya saya yang kentut. Besar sgt ke masalahnya?

SEDANGKAN WANITA PUN TAK SUKA DMADU.

Seorang hamba Allah yg sujud n rukuknya kerana ingin menunjuk-nunjuk ibadahnya kepada org lain n bukan kerana Allah.Maka sia-sia lah pahalanya.Itu lah yg dgelar syirik kecil.

Suatu ketika Syeikh Abdul Kadir Jailani telah ddatangi oleh seorang perempuan pada zaman nya.Maka perempuan tersebut berkata."Wahai Syeikh,andainya ddalam syariat untuk membuka purdah yg aku pakai ini.

untuk aku tunjukkan kecantikan,keindahan rupa yg Allah s.w.t kurniakan kpd aku untuk ku tunjukkan kepadamu wahai Syeikh tetapi bersama kecantikan n keindahan rupa ini.Suami aku masih cari yg nombor 2 lagi.

Syeikh Abdul Kadir Jailani pun pengsan setelah mendengar kata2 perempuan itu.Setelah beberapa seketika Syeikh pun bangkit dari pengsan nya.Maka pengikutnya hairan mengapa Syeikh pengsan.

Maka pengikutnya bertanya."wahai Syeikh apa yg menyebabkn kamu pengsan?".Syeikh pun menyatakan "wanita ini.perempuan ini adalah seorang makhluk yg tidak dpt bertoleransi untuk

d duakan,dkongsikan kasih syg dgn mana2 perempuan yg lain.Inikan pula bagaimana Allah Yang Maha Agung hendak di duakan.hendak dsyirik kan.

-credit Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari

Kisah Imam Malik - Tangan Si Pemandi Mayat - Kisah Imam Malik - Tangan Si Pemandi Mayat Melekat Di Tubuh Si Mati
.
Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yang buruk akhlaknya. Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki (pelacur). Tiba pada hari kematiannya, ketika mayatnya dimandikan oleh seorang wanita yang kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu terlekat pada batang tubuh jenazah wanita itu.
.
Semua penduduk dan ulama' gempar akan hal itu. Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit. Terdapat berbagai cadangan dan pandangan untuk menyelesaikan masalah itu.
.
Akhirnya ada 2 pandangan yang dirasakan sesuai tetapi berat untuk dijalankan.
.
Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat dan yang kedua pula tanam /kebumikan kedua-duanya iaitu pemandi mayat dan jenazah itu sekali gus.
.
Oleh kerana kedua-dua cadangan tersebut masih lagi kurang sesuai, salah seorang dari mereka mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik.
.
Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa. Apabila Imam Malik sampai dan melihat apa yang berlaku, Imam Malik bertanya kepada wanita pemandi mayat itu, "Apakah kamu lakukan atau berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya?"
.
Perempuan memandikan mayat tersebut bersungguh-sungguh menjawab bahawa dirinya tidak berbuat atau tidak berkata apa-apa pun ketika menguruskan jenazah.
.
Selepas diasak dengan berbagai pertanyaan dan takut tangannya akan dipotong atau ditanam sekali dengan mayat, akhirnya wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada berkata, "Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina sambil menampar-menampar dan memukul-mukul berkali pada batang tubuh si mati."
.
Imam Malik berkata, "Kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) pada wanita tersebut sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi. Dalam situasi begini, di mana kamu nak cari saksi? Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana membuat pertuduhan zina tanpa mendatangkan 4 saksi."
.
Semasa wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman, bila tiba sebatan yang ke 80, maka dengan kuasa Allah SWT, terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.
.
PENGAJARAN:-
Jaga lidah jangan sebarkan fitnah. Jangan bersangka buruk dengan kuasa Allah Taala. Kalau kita tahu dia itu seorang pelacur sekalipun, tapi kalau kita tak pernah lihat perbuatan zinanya, maka kita dilarang menuduhnya berzina. Diharap kisah Imam Malik dan Pemandi Mayat ini dijadikan sebagai tauladan dan ikhtibar.
.
Kerana itu ingatlah, apabila kita membantu menyebar sesuatu perkara buruk dalam masyarakat, negeri atau negara, yang mana kita tidak menyaksi dan tiada saksi, maka tunggulah suatu hari, kita akan menerima balasannya, walaupun peristiwa berlaku.
.
Berhati-hatilah semua dan jangan terjerat dengan jarum-jarum kejahatan.

Kisah Perbualan Antara Pemadam & Pensil :

Klik

Apa khabar kawan?
✏Aku bukan kawanmu.

Kenapa?
.
✏Kerana aku benci kamu.
Kenapa engkau membenci aku?

✏Kerana engkau suka padam apa yang aku tulis

Aku tidak padam melainkan yang salah!

✏Kenapa engkau sibuk?

Aku pemadam, ini kerjaku

✏Ini bukannya kerja!

Kerja aku bermanfaat, macam kerja engkau jugak.

✏Engkau salah dan sombong!

Kenapa?

✏Kerana yang menulis lebih baik dari yang memadam.

Memadamkan kesalahan sama seperti menulis yang benar.

✏Pensil terdiam seketika, kemudian mengangkat wajahnya: Engkau benar sahabatku!

Engkau masih bencikan aku?

✏Aku tidak akan benci orang yang memadamkan kesalahanku

Dan aku juga tidak akan memadamkan sesuatu yg betul

✏Tapi aku lihat engkau semakin kecil dari sehari ke sehari!

Kerana aku mengorbankan sebahagian dari tubuhku setiap kali aku memadam kesalahan.

✏Aku juga merasakan bahawa aku semakin pendek dari sehari ke sehari.

Pemadam memujuk:
Kita tidak akan dapat memberi faedah kepada orang lain melainkan kita sanggup berkorban untuk mereka.

✏Pensil berkata dengan gembira: Betapa mulianya engkau sahabatku, alangkah indahnya kata-katamu.

✏Pemadam dan pensil berasa gembira, lalu mereka pun hidup sebagai sahabat baik, tidak berpisah dan tidak berselisih faham.

Sahabat-sahabatku sayang

Kenapa kita tidak berterimakasih terhadap orang yang memadamkan kesalahan kita dan menunjukkan kita jalan kebenaran, tidakkah mereka berhak terhadap ucapan terimakasih?

Moral dari cerita ini juga.

Jadilah diri kita ini seperti pensil. Menulis yang berguna dan dapat manfaatkan untuk orang yang membaca.

Apabila tumpul ia perlu diasah. Sakitnya diasah itu seperti cabaran hidup yang kita hadapi dan usia kita juga seperti pensil. Semakin lama semakin pendek.

Oleh itu manfaatkan kehidupan kita dengan sebaik-baiknya.
Kerana orang yang membantu biasanya tidak diminta untuk dibalas tapi cukup sekadar dikenang dan dihargai sudah pun memadai....

JANGAN KLIK

WhatsApp dah follow mcm Telegram. Kt Desktop PC pun boleh buka.

Step2 perlu buat:-

1. Update dlu WhatApps dr Playstore (bg pengguna Android), Iphone (xpasti)

2. Masuk WhatApps application dan pergi ke setting, akan nampak dan Click  ‘WhatsApp Web’.

3. Di desktop/ laptop anda, masuk link ni   https://web.whatsapp.com  (hanya GoogleChrome boleh, Internet Explorer IE xboleh.

4. Scan QR code dan anda boleh menikmati WhatsApp di desktop/laptop anda.

***WhatsApp Web hanya berfungsi(synchronize) apabila WhatsApp dr phone anda pun online (data/wifi ON)

Jika KEKAYAAN membuat orang BAHAGIA, tentunya ADOLT MERCKLE, orang TERKAYA dari JERMAN, tidak akan menyerahkan badannya ke KERETA API...

Jika KEMAHSYURAN  membuat orang BAHAGIA, tentunya MICHAEL JACKSON, penyanyi TERKENAL di USA, tidak akan meminum UBAT TIDUR hingga OVERDOSE...

Jika KEKUASAAN  membuat orang BAHAGIA, tentunya G. VARGAS, Presiden BRAZIL, tidak akan menembak JANTUNGNYA...

Jika KECANTIKAN  membuat orang BAHAGIA, tentunya MARLIN MONROE, artis CANTIK dari USA, tidak akan meminum ALKOHOL dan UBAT DEPRESI hingga OVERDOSE...

Jika KESIHATAN bisa membuat orang BAHAGIA, tentunya THIERRY COSTA, Doktor terkenal dari PERANCIS, tidak akan membunuh dirinya akibat acara di TELEVISION..

Ternyata, BAHAGIA atau tidaknya hidup seseorang itu, BUKANNYA ditentukan oleh seberapa KAYA, FAMOUS, CANTIK, BERKUASA, SIHAT atau BERJAYA hidupnya.

Tapi yang membuat seseorang itu BAHAGIA adalah DIRINYA SENDIRI... mampukah dia MENSYUKURI semua yang sudah dimilikinya dlm segala hal.

"Kalau KEBAHAGIAAN boleh DIBELI, pasti orang² kaya akan MEMBELI KEBAHAGIAAN itu... kita tidak akan dapat KEBAHAGIAAN kerana sudah DI BORONG oleh merekα."

"Kalau KEBAHAGIAAN itu ada di suatu TEMPAT, pasti belahan lain di bumi ini akan KOSONG kerana semua orang akan kesana berkumpul dimana KEBAHAGIAAN itu berada ."

Untungnya KEBAHAGIAAN itu berada DI DALAM HATI setiap manusia.
Jadi kita tidak perlu MEMBELI atau pergi MENCARI KEBAHAGIAAN itu.

"Yang kita perlukan adalah HATI yang BERSIH dan IKLAS serta FIKIRAN yang JERNIH, maka kita boleh menciptakan rasa BAHAGIA itu bila2, dimana2 dan dalam apa jua keadaan pun."

KEBAHAGiAAN itu hanya dimiliki oleh "Orang² yang  BERSYUKUR".

"JIKA KAMU TIDAK MEMILIKI APA YANG KAMU SUKAI, MAKA SUKAI LAH APA YG KAMU MILIKI SAAT INI".......������

BER"SYUKUR" adalah suatu kemampuan yg boleh DIPELAJARI oleh siapapun.....
������
Jom muhasabah������

#ThankyouAllah
#SayaSayangAllah

Cerita petang tadi. Benar-benar terkesan di hati saya.

Sejak petrol turun harga saya tak pandai nak anggar harga petrol nak isi dalam cik bibah. Tadi tank masih ada dua bar. So saya agak ada la kat dlm 10-15 rggt je. So saya bayar di kaunter untuk isi RM50. Rupanya bila rm42 dah penuh.. saya pump juga sampai rm45. Takut nak isi lagi.. sebab pernah terjadi melimpah2 keluar petrol.

Saya malas nak gi masuk dalam minta refund lagi rm5. Nak burn je sayang pulak. Saya pegang nozzle sambil perhati kot2 ada motor masuk.. takde pon. Saya hampir nak letak balik sebab nak tutup lubang tempat isi minyak kat kereta, tapi saya cuba pegang nozzle sebelah tangan kiri, tu sambil tu tangan kanan menutup lubang minyak tu.. buat lambat2 sikit. Niat nak tunggu kot2 ada motor masuk.

Selesai je, hampir saya nak letakkan nozzle, ada satu motor datang ke pump sebelah. Budak muda, awal 20an saya kira. Saya panggil dia suruh tolak motor ke pump ni, saya cakap ada rm5 lagi, ambillah. Dia tolak motor ke tempat saya, dia seluk poket nak bayar, saya cakap tak payah, saya pass nozzle ke dia.

Saya cakap
"ambillah akak malas nak refund ke dalam.."

Dia cakap terima kasih. Dia tunduk, nampak sedih. Dia tunduk betul2 macam tak sanggup pandang kita, atau tunduk syukur pada Allah gitu. Cam speechlesss gitu..

Saya tanya dia, "eh apesal?"

Dia jawab dalam menahan sebak.
"Saya doa akak murah rezeki, tak tau nak cakap macam mana. sebenarnya saya belum gaji, duit sy ada 10 ringgit je ni, dok fikir isi minyak 3rggt, tinggal 7 rggt. Dok atas motor tadi saya dok fikir pasal duit je.. saya serah pada Allah je. Rupanya Allah nak bagi rezeki saya dapat minyak motor free,"

Saya pula sedih.. saya senyum.je cakap. "Dah tertulis rezeki awak,"

Saya masuk kereta, terus jalan. Dari jauh nampak dia lambai tangan tanda terima kasih. Saya yang cenggeng dah banjir dlm kereta. YA Allah.. bila hambaMu tawakal padaMu. Ada rezeki yang dah KAU janjikan.

Dan rencana Allah tu pasti. Saya sepatutnya nak drive terus balik Putrajaya, dan isi minyak di Petronas, sebaliknya Allah gerakkan hati saya belok ke Petron di Besraya. Jarang saya berhenti di situ isi minyak, hari ni tergerak hati nak isi kat situ.. Semua Allah susun sebaiknya.

Sepatutnya tadi saya guna debit kad seperti biasa, isi penuh ja.. (saya tak suka pi masuk bayar di dalam stesen minyak) Tetapi Allah 'arahkan' saya pi masuk bayar rm50 kat dalam, teragak nak isi rm45 sahaja, tapi hati kata rm50 baru penuh.. rupanya betul cuma rm45 sahaja.. rm5 tu bukan hak saya, hak orang lain. Allah palingkan hati saya dari membayar RM45, sebaliknya bayar RM50. Allah dah susun dan atur cantik2.

Itulah yang dikatakan dalam rezeki kita ada hak orang lain, yang kita kena kembalikan semula. Tercatur hari ini dalam bahagian saya ada bahagian adik itu, dan itu hak dia sebenarnya, saya cuma perantara. Semuanya dari Allah. Niat kita juga penting.. saya benar niatkan nak kasi je baki petrol dah bayar tu pada sesiapa pun, dan dalam hati terdetik, biarlah dapat pada orang benar-benar layak. Maka Allah temukan kami.

Saya menangis sambil drive sebab saya semakin kuat dan yakin konsep tawakal pada Allah. Benar2 serahkan segala-galanya padaNya. Menulis ini pun saya sebak...

Siapakah orang yang sibuk?..

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis

senyumanya?..Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?..

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?..

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?..

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?..

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?..

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?..

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?..

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT?..

Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang mesej ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada orang lain..

KLIK

KLIK

mengkalu deme beno2 anok jati perok cer cuber deme menjawabnye ye.

SUBJEK : BAHASA PERAK KERTAS 1 - Kod 3573/1
(mese 5 minit je dr skarang)

KOME PILIH LE JAWAPAN YG SESUEI YEK..

1."_______ le sikit ngayuhnye pun, tutup kedei besi bughuk tu kaghang mau mangko nundggu tokeh tu mukok balik esok."
a) lekeh
b) laju
c) cepat
d degheih

2.'cher mengkemer biler lalu-lalang kat situ jangan dipijok buchu tiko tu, abeh ______ hujung tiko dilantok nyer.'
a) menchakoh
b) nyeluin
c) tekeipok
d) bergulung

3.'pekehei dibiokan pintu tu ________, jenguk dik langsuyo kaghang, komer jugak yg ngigo sampei ke subuh.'
a) tebongeh
b) tenganger
c) tepongor
d) tebongkang

4.'sedang ber-jalan2, entoh ape pasei tetibe, teman _________ ke dalam sebuah lubang beso, abih seluin baju teman.'
a) tejeghombab
b) tepeghosok
c) tepegholoh
d) tejeghumuih

5.Bebudak pompuan la ni suke bebeno melayan bebudak lelaki. Nampak beno _________
a) joghennya
b) galaknye
c) gatenye
d) miangnye

6.Kalo udah maleh belajo, nanti kamu jadi _______ le.
a) bengap
b) tengin
c) bodoh
d) bangang

7.__________ Menteri Beso Perok tu pegi ke London lelame beno?
a) Apa dihadapnye
b) Apa dihanggapnye
c) Apa dihajapnya
d) Apa dihajatnye

8.Ape he orang ________ kat simpang jalan tu Yob oi.. Ade kete accident ke?
a) berame
b) bejuhen
c) bejumoih
d) bejujoih

9.Jangan le mike  ________ sangat aih. Bio le dia nak pinjam moto mike tu kejap.
a) cike
b) cemei
c) culas
d) cime

10.Tadi kunci keta teman ade di ataih meja ni. La ni dah _________. Ade sesape nampak?
a) hilang
b) mandang
c) leboh
d) tak ketahuan

*ate boleh ke kome njawabnye..ke tumpo kome weh...

Klik

Baginda Nabi Shallallahu alaihi wa sallam bersabda :

✅ Akan tiba masanya atas ummat ku di mana ke kekhusyu'kan dlm solat akan hilang.
✅ Akan tiba masanya atas ummat ku banyaknya kematian secara mengejut. 
✅ Akan Tiba masanya atas ummat ku  banyak nya gempa2 bumi.
✅ Akan tiba masanya atas ummatku di mana seseorang muslim itu tidak akan mengucapkan salam kecuali kepada orang yang ia kenal shj.
✅ Akan tiba masanya atas ummat ku  banyak terjadi pembunuhan sesama sendiri.
✅ Akan tiba masanya atas ummat ku manusia saling berbangga-bangga dengan perbuatan maksiat mereka.

Para sahabat bertanya " Bilakah itu akan terjadi wahai Rasulullah ?

Rasulullah saw menjawab " Semua itu akan terjadi di akhir zaman, maka apabila hal itu sudah terjadi maka tunggulah saat kedatangan hari kiamat.

Hampir2 semua yg disebut itu berlaku di zaman kita.

Adalah Hari-hari yang sangat Ganjil.
Ibu2 & bapa2 hanya mementingkan makanan yg sedap dan pakaian yg cantik2 shj terhadap anak-anak mereka.
Namun mereka lupa menanam ajaran agama dan akhlak kpd anak2 mereka.

Hari-hari yang ganjil.
Para pekerja tidak ikhlas bekerja dengan alasan gaji yg diberi tidak berpatutan / sedikit.  Namun mereka lupa sesungguh nya Allah memberkati rezeki yang halal dan menghilangkan berkah dari rezeki yang haram.

Hari-hari yang ganjil
Pemuda dan pemudi berjam-jam menghabiskan waktu mereka jalan-jalan dan berpeleseran di Mall atau
di Pasaraya.  Namun mereka merasa letih dan berat utk mengerjakan solat walau hanya satu rakaat.

Hari-hari Ganjil.
Pemuda dan pemudi asik mendengar lagu-lagu dengan hati yang girang gembira.  Namun jika utk mendengar firman-firman Allah, hati mereka menjadi sesak, seolah-olah mereka hendak naik ke langit sedang mereka tidak tahu bahwa perkara yang halal tidak boleh bercampur dengan perkara yang haram.

Hari-hari sangat ganjil.
Kita  bersungguh2 berusaha sehingga mampu membeli apa yang kita suka, yg enak-enak dan yang bagus-bagus, murah atau mahal, kita sanggup membayar nya walaupun dengan berapa harga sekalipun, namun ketika kita ingin menderma kedlm tabung masjid, kita akan memilih wang kita yg paling kecil sekali utk dimasukkan kedlm tabung derma.

Hari-hari yang  ganjil.
Kita set alarm sblm tidur takut terlambat bangun utk pergi kerja.  Namun kita lupa utk setkan alarm utk bangun menghadap Allah ketika solat subuh.

Hari-hari  sangat ganjil
Kita saling caci dan membicarakan keburukan makhluk-makhluk Allah, Namun kita lupa akan firman Allah "Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di datangi malaikat pengawas yang selalu hadir" .

Hari-Hari yang ganjil.
Kita mengeluh dari banyak nya musibah dan bencana, namun kita lupa akan firman Allah " Maha Suci Allah yang telah menggerakkan kendaraan ini utk kami padahal kami tiada kuasa menggerakkannya".

Hari-hari yang ganjil.
Ibu2 & bapa2 membiarkan saja isteri dan anak perempuan mereka memakai pakaian dengan menampakkan aurat bahkan menimbulkan fitnah kpd org lain tanpa ada rasa bersalah dan tidak berani untuk mencegahnya dengan alasan itu adalah hak asasi manusia, kubur masing2 dll....

Hari-hari yang ganjil.
Pada saat pesan ini sampai kepada mu, maka dengan engkau telah menjadi salah seorang yang berkongsi dalam memberikan peringatan tentang peraturan serta syariat Allah dan sunnah-sunnah Nabi Muhammad sollallaahu alaihi wa sallam.

Apa yang kami harapkan darimu adalah turut serta menghidupkan sebahagian dari sunnah Nabi saw ini walau hanya dengan satu perbuatan sunnah shj.

Memelihara Hadis yang mulia dengan demikian Anda telah bersama2 dengan kami dalam menyebarkan sunnah-sunnah Rasulullah sollallaahu alaihi wa sallam.

Jadilah anda salah seorang  yang mengajak kepada kebaikan.

STOKIN KOYAK

KLIK

Kisah seorang jutawan yang kini sedang sakit menunggu ajal telah menyuruh dikumpulkan anak-anaknya yang tercinta. Beliau berkata kepada mereka,

"Anak-anak ayah, bila ayah sudah tidak ada nanti, ada permintaan ayah kepada kamu semua. Tolong pakaikan stokin kesayangan ayah, walaupun stokin tu koyak,

ayah ingin pakai stokin kesayangan ayah kerana banyak kenangan ayah bersama stokin tu, minta stokin itu dipakai bila ayah nak dikafankan nanti."

Akhirnya jutawan itu meninggal dunia. Saat mengurus jenazah dan saat mengkafankan, anak-anaknya minta tuan imam untuk memakaikan stokin yang koyak itu sesuai dengan

permintaan terakhir ayahnya. Akan tetapi tuan imam menolaknya, "Maaf secara syariat hanya 2 lembar kain putih saja yang dibenarkan dipakai kepada mayat."

Terjadi pula perbalahan antara anak-anak jutawan yang ingin memakaikan stokin koyak dan tuan imam serta beberapa orang ustaz lagi yang berada di
sisi jenazah yang melarangnya. Kerana tidak ada titik temu dipanggilah penasihat keluarga yang juga seorang peguam.

Beliau berkata, "Sebelum meninggal dunia, arwah ada memberikan saya surat wasiat, kita bacalah bersama mana tahu ada petunjuk."

Maka dibukalah surat wasiat jutawan tadi buat anak-anaknya yang dipesankan kepada peguam tersebut.

Suratnya bertulis, "Anak-anakku pasti sekarang kamu semua sedang berbalah kerana dilarang memakaikan stokin koyak kepada jenazah ayah.

Lihatlah, padahal harta ayah banyak, wang berlimpah dengan kereta mewah, tanah, rumah dan ladang yang banyak tapi tidak ada ertinya ketika ayah sudah meninggal.

Stokin koyak tu pun tidak boleh dibawa mati. Begitu tidak berertinya dunia buat ayah ketika ini, kecuali amal ibadah, sedekah dan doa-doa daripada kamu semua.

Anak-anak ayah, inilah yang ingin ayah sampaikan agar kamu semua tidak tertipu lagi dengan dunia. Salam sayang dari ayah yang ingin melihat kamu

semua menjadikan dunia sebagai jalan menuju Allah."~ sila KLIK

Info Pelik. Lain negara, lain kaum dan lain pula tradisinya. Hubungan intim merupakan satu perkara yang sangat peribadi bagi semua orang.


Tradisi Hubungan Terlarang Paling Pelik Di Muka Bumi!

Namun, tahukah anda bahawa ada segelintir masyarakat yang mengamalkan tradisi pelik dan aneh ketika melakukan hubungan seksual bersama pasangan.

Jom kita ketahui 5 tradisi pelik yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat ini.

1- Indonesia

Mungkin kedengaran agak pelik namun masyarakat di sebuah pedalaman Indonesia melakukan hubungan kelamin dengan cara tidak bergerak dan dalam keadaan senyap. Benar-benar pelik!

2 - Papua New Guinea

Masyarakat pedalaman Papua pula melakukan hubungan kelamin di dalam hutan. Si suami akan meletakkan dua anak panah dalam keadaan bersilang sebagai amaran kepada orang lain agar tidak mendekati tempat mereka melakukan hubungan kelamin. Jika ingkar, alamatnya kena panahlah orang yang degil itu.

3 - Lebanon

Terdapat satu peraturan Lebanon yang memang pelik dan gila. Seseorang boleh dibenarkan mengadakan hubungan seksual dengan binatag yang berlawanan jantina. Maknanya lelaki boleh melakukan hubungan seksual dengan haiwan betina. Jika lelaki tersebut melakukan hubungan dengan haiwan yang sama jantina, alamatnya hukuman matilah yang sedang menanti.

4 - Hong Kong

Di Hong Kong, isteri yang membunuh suami atas alasan suaminya curang tidak akan dihukum penjara. Ini kerana undang-undang Hong Kong membenarkan wanita membunuh suaminya dengan tangan kosong atau tanpa menggunakan sebarang senjata. Si isteri juga boleh membunuh kekasih suaminya dengan cara apa pun sama ada dengan atau tanpa menggunakan senjata.

5 - Jepun

Ada satu kebiasaan pelik berlaku di institusi pengajian tinggi Jepun di mana pelajar senior dibenarkan memperkosa pelajar junior secara beramai-ramai. Bukan itu sahaja, pelajar baru akan disuruh berlari sekeliling kampus tanpa seurat benang.

Sumber

P/S : Benar atau tidak tradisi pelik tapi mengarut ini, pembaca bolehlah bertanya kepada Encik Google ye..
Jangan percaya bulat-bulat pula. Dan yang paling penting, jangan ditiru aksi-aksi tersebut diatas!

KLIK

1. Belilah beberbapa buah kerusi @ bangku dan letakkan di dalam masjid. Supaya dapat diguna orang yg ingin memakainya disaat solat (amalan biasa d masjid2 arab mekah & madinah).

2. Inisiatif - sedekah:
Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah utk kucing2 yg dtg..
....................................
..3.Inisiatif - sedekah:
Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk dsumbangkan kpd anak yatim & orang miskin.
....................................
..4.Inisiatif - sedekah:
Sentiasa sediakan wang kecil didlm dompet utk diberikan kpd yg memerlukan.
....................................
..5. Inisiatif- sedekah:
Letakkanlah d kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.
....................................
..6. Inisiatif- sedekah:
Jika engkau hadir dlm acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dsb).
....................................
..7. Inisiatif- sedekah:
Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).
..................................
..8. Inisiatif - sedekah:
Belilah mushaf (al quran). letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.
..................................
..9. Inisiatif - sedekah:
Berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.
....................................
..10. Inisiatif- sedekah:
Lemparkanlah senyuman kpd oran g yg kamu temui, berilah salam kpd orang yg duduk, & bertuturlah dgn ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.
....................................
..11. Inisiatif - sedekah:
Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yg telah berbuat jelek kpdmu dari mengghibahi, mengadu domba & menzalimimu.
....................................
..12. Inisaitif sedekah-
Sedekahkan Alfathihah kpd kedua ibubapa kita, sahabat2 dan kenalan2 kita yg telah meninggal...
....................................
..13. Inisaitif- sedekah:
Kirimkan mesej ini ke semua kenalanmu. Siapa tahu ada yg mau mengamalkan. Moga andapun akan diberi pahala kerananya. .. Selamat bersedekah.

KLIK

Cuba Sendiri DIY
=============
Pernahkah handphone kesayangan anda terjatuh dalam air atau basah terkena air hujan ?
jika perkara ini berlaku, boleh cuba tips ni :

1) Buka housing belakang handphone

2) Cabut bateri dan simkad.

3) Biarkan air kering atau guna hairdryer untuk pengeringan luaran.

4) Untuk hilangkan wap, masukkan handphone ke dalam bekas beras kat rumah masing masing. Biarkan semalaman.

5) InsyaAllah handphone akan pulih.. Tapi skrin yang masuk air makan masa 2 3 hari untuk kering.

Selamat Mencuba
sumber

 
1 # Penggunaan Launcher EX




Bagi aku, penggunaan launcher di android sangat tak di perlukan.. Walaupun Launcher akan mencantikkan pamparan h andphone android anda, tapi ia akan menyebabkan handphone anda kehabisan bateri dengan cepat. Applikasi Launcher sangat berat, penggunaan ram yang tinggi dan cepat makan bateri.

2 # OFF Wifi jika tidak digunakan

Apabila wifi di on kan,  automatik akan menambahkan lagi penggunaan bateri handphone android anda. So cara nak menjimatkannya, setiap kali korang tak guna internet, boleh la off Wifi tersebut. Termasuk lah Bluetooth.

Clearkan Applikasi setiap kali habis di gunakan
Biasanya bila kira run satu applikasi di handphone android, pasti ia akan terus run walaupun kita dah back untuk exit. Sekiranya terus di biarkan run, secara tak langsung bateri akan cepat habis. So, untuk jimatkan bateri handphone android anda, anda hanya perlu clearkan semua applikasi yang run. Hanya tekan lama pada main button dan clear all  dengan click pada trash simbol.

4 # Force Stop applikasi yang di belakang tabir

Point yang ke empat, force stop applikasi di belakang tabir. Kalau tadi kita clearkan applikasi yang di run, sekarang kita nak force stop applikasi yang secara kita tak sedar dia run belakang tabir. Sebagai contoh, Chat On, Groupon, Facebook, Email, Maps, S Voice dan lain lain. Cara nak force stop, anda boleh pergi ke Setting >> Applications Manager >> slide untuk ke Running application. Kat situ akan di senaraikan semua applikasi yang berada di sebalik tabir. Hanya touch pada applikasi yang nak di hentikan dan touch pada FORCE STOP.. pastikan anda Force Stop setiap applikasi yang tidak di gunakan.

5 # Aktifkan Power Saving Mode

Aku suka sangat aktifkan power saving mode. Ini memang untuk jimatkan bateri handphone android .. Yang ni  aku tak risau sangat sebab ramai yang tahu guna. Asal nak jimat bateri, mesti akan on Power Saving.. so tak perlu di ajar..

6 # OFF Sync

Mungkin ada pengguna android tak sedar dan tak tau fungsi Sync. Kebiasaannya Sync digunakan pada pelbagai jenis akaun seperti gmail, dropbox, groupon dan lain lain. Fungsi sync ini lah yang menyebabkan applikasi run di belakang tabir seperti di point 4. So untuk penjimatan bateri, anda perlu setkan fungsi Sync OFF, dan on apabila di perlukan sahaja.  Ia jugak dapat mengurangkan penggunaan data package anda.  Cara nak off boleh ke Setting -> Accounts & Sync.  Mudah kan nak jimatkan bateri handphone android.. Next..

7 # Screen brightness dan Time Out

Untuk handphone S3 aku biasa pakai automatik screen brightness dan time out screen display boleh set ikut keselesaan anda. Aku biasa set 30 saat. Tak boleh terlalu cepat, dan terlalu lama.. Kalau cepat, nanti bila on display, tiba tiba dia gelap. Kalau terlalu lama, nanti makan bateri pula bila lupa nak tekan sleep mode.

8 # Sound dan Vibration

Ramai yang cakap sound dan vibrate juga memainkan peranan untuk bateri cepat habis termasuk  pada keynotes, touch sounds, screen lock sounds, haptic feedback dan lain lain. Anda perlu disable semua sound  tersebut sebab tak diperlukan bunyinya.  Cara nak disable boleh ke Setting >> Sound >> System.

9 # Pengecas Telefon

Dulu aku pernah ada masalah dengan pengecaj S3 aku. Sekarang pengecaj di jadikan sekali dengan cable usb. Entah kenapa, cable dan kepala pengecharge dah tak boleh di gunakan. Kiraan bateri tak pernah meningkat tetapi handphone menunjukkan charging. Aku try guna cable di kepala charge Galaxy Tab 7.7 yang hilang dulu, dan tetap hadapi masalah yang sama. Bila tukar wayar cable yang lain, elok pula. Penggunaan cable yang rosak macam ni boleh menyebabkan bateri anda rosak. Ye la, dah lebih 8 jam charge tapi tetap tak naik. Selain itu, korang kena elakkan charge melalui kereta dan cable di laptop sebab arus charge yang berbeza.

10 # Beli lah power bank

Zaman sekarang power bank ni sangat di perlukan. Lagi lagi kalau korang yang kerja as social media. Mana mana je nak online.. So aku sarankan korang beli satu. Kalau nak murah beli kat Groupon atau Mydeal. Promosi dia superb. Aku beli yang macsonic di mydeal, alhamdulillah.. Sampai sekarang terbaik!. hehe..

jimatkan bateri handphone android…

sumber


.
.
.KLIK
.
.
.Malam Pertama ~

Setelah dikuburkan, pembusukan bermula pada
bhgn perut & kemaluan..
Subhanallah, perut & kemaluan adalah 2 hal
terpenting yg anak cucu Adam saling bergulat &
menjaganya di dunia..
Setelah itu, jasad akan mula berubah menjadi hijau
kehitaman..
Setelah berbagai solekan & alat2 kecantikan
semasa hayat di dunia, setelah meninggal dunia,
manusia hanya akan memiliki 1, warna shj..

Malam Kedua ~

Anggota2 tubuh yg lain seperti limpa, hati & paru2
akan mula membusuk..
Hari Ketiga ~
Anggota2 tubuh mula mengeluarkan bau yg
busuk..

Setelah Seminggu ~

Wajah & mata mula membengkak..
Setelah 10 hari ~
Tetap terjadi pembusukan pada pada anggota2
tubuh..

Setelah 2 Minggu ~

Rambut mulai gugur..
Lalat hijau mulai mencium bau busuk dari jarak 5
km & ulat2 pun mula menutupi seluruh tubuh..

Setelah 6 Bulan ~

Semua anggota telah tiada..
Yg tinggal cuma tulang rangka shj..
Setelah 25 Tahun ~
Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam
biji & di dlm biji tersebut, anda akan menemukan 1
tulang yg sgt kecil yg dipanggil ‘Ajbudz
Dzanab’ (tulang ekor)..
Dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh
ALLAH SWT pada hari kiamat..
Sahabat2 yg dirahmati ALLAH, inilah tubuh yg
selama ini kita jaga..
Inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kpd ALLAH
dgn nya..
Oleh kerana itu, jgn biarkan umur & jasad kita dlm
keadaan sia2..
Janji ALLAH adalah benar..
Ya ALLAH, tetapkanlah hati kami di atas agama-
MU..
Ya ALLAH, jadikanlah kuburan kami sebagai 1
taman dari taman2 syurga & jangan jadikan ianya
sebagai 1 lubang dari lubang2 api neraka...
Aamiin... ..
..Aku berdoa..
Ya ﺍَﻟﻠّﻪُ :
.. Muliakanlah diriku dan org yang menghantar
pesanan ini
.. Lapangkanlah hatiku dan hatinya
.. Bahagiakanlah keluargaku dan keluarganya, dan
.. Luaskanlah rezekiku dan rezekinya seluas engkau
ciptakan
.. Mudahkan segala urusanku dan urusannya
.. Kabulkanlah cita-citaku & cita-citanya
.. Jauhkan kami dari segala Penyakit, Fitnah,
Prasangka Keji, Berkata Kasar, dan
.. Jauhkan kami dari segala Musibah
.. Serta terimalah. semua amal ibadah ku dan
amal ibadahnya, dan
.. Kelak jadikanlah diriku dan diri dia sebagai
penghuni Surga-MU.
ﺁﻣِّﻴْﻦَ ﻳﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ
ﺁﻣِﻴّﻦْ ... ﺁﻣِﻴّﻦْ ... ﻳَﺎ ﺭَ
ﺏَّ ﺍﻟﻌَـــﺎﻟَﻤِﻴْﻦ . .............................................

Nasihat Kubur:
..Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg
gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD..
..Aku adalah tempat yang paling sempit, maka
luaskanlah aku dengan SILATURAHIM..
..Aku adalah tempat yang paling sepi maka
ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-
QUR'AN..
..Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan
maka racunilah ia dengan amal SEDEKAH..
..Aku yg menyepitmu hingga hancur bila mana
tidak solat bebaskan sempitan itu dengan SOLAT..
..Aku adalah tempat utk merendam dgn cairan yg
amat menyakitkan mu, bebaskan rendaman itu dgn
PUASA..
..Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya,
maka persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak
mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"..

KLIK

Salam sejahtera, apa khabar..sihat..jom baca

Org pertama cipta telefon ?

KLIK

Alexander Graham Bell ..

kalau org pertama tulis bismillah ??????? kalau anak-anak tanya kepada ibubapa...

mampus nak jawab ni!..
simpan nota ini.

      30 ORANG YANG
PERTAMA DALAM ISLAM
---------------------------------
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan :
   Nabi Ibrahim AS

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada
hari qiamat :
    Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah
pada hari qiamat :    
     Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa & Marwah :
  Sayyidatina Hajar

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari
qiamat :
Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh
hijrah :
Umar bin Al-Khattab

10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah
dalam Islam :
Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW :
Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita :
Sumayyah binti Khabbat

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab /
lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan
fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan
melaungkan adzan: Bilal bin Rabah

17. Orang yang pertama sembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi
SAW :
Tamim Ad-dary

19. Orang yang pertama menghunus
pedang dalam
perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-
Awwam

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW : Ibban bin Othman bin Affan

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi
SAW :
Khadijah bt Khuwailid.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawiyah bin Abi Sufyan

25. Orang yang pertama membuat
perpustakaan awam
Harun Ar-Rasyid

26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal : Umar
Al-Khattab

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas
Rasulullah SAW :
Ali bn Abi Tholib

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil
Haram Mekah:
Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus'ab bin Umair

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga :
Nabi Muhammad SAW.

KLIK

BINTIK-BINTIK MERAH DI BADAN


Kadang-kadang tanpa anda sedari, tubuh badan anda terkena bintik-bintik merah. Mungkin ini disebabkan terkena bisa serangga atau ulat bulu yang menyebabkan gatal-gatal atau pedih. Janganlah panik. Ambillah sepotong kunyit, parut kunyit itu dan bubuh kapur sirih serta air. Panaskan ramuian tersebut di atas api, kemudian sejukkan. Setelah sejuk sapukan di bahagian bengkak-bengkak itu. Insya-Allah dalam waktu 5 minit penyakit tersebut akan hilang.

2. MENGHILANGKAN GATAL-GATAL

A. Tepung sagu
Ada cara mudah untuk menghilangkan kegatalan akibat peluh yang mengancam seluruh tubuh kita. Ambil sesudu makan tepung sagu dan campurkan dengan sedikit air.

Titiskan cuka sebanyak empat titis. Setelah dikacau, sapukan bahan itu pada bahagian yang gatal. Lakukan setiap hari sehingga bintik-bintik gatal akibat peluh itu hilang dari tubuh anda.

B. Daun Kunyit
Ambil daun kunyit, daun asam jawa dan daun pokok duri keman (semalu) - tumbuk sehingga lumat dengan campuran sedikit garam,kemudian disapu pada tempat gatal. Insya Allah.

C. Gambir
Sekiranya ada masalah gatal pada kulit dan kelenkang, cuba petua ini. Ambil sekeping gambir, masukkan kedalam piring kecil kemudian basahkan gambir dengan sedikit air supaya ia kembang. Kemudian sapu pada bahagian gatal. Selamat Mencuba.

D. Garam Kasar
Bagi menghilangkan kesan daripada gigitan nyamuk dan menghilangkan gatal-gatal pada kulit, campurkan garam dan air, jangan biarkan garam itu terlarut. Kemudian sental garam tadi di bahagian yang kena gigitan. Selepas itu, anda tidak akan terasa gatal-gatal lagi dan kesan gigitan juga hilang.

E. Daun Rambutan
Daun rambutan juga boleh mengatasi masalah kulit kepala yang gatal, caranya masukkan daun rambutan dalam satu bekas yang berisi tiga gelas air, hancurkan daun rambutan , setelah itu perah dua biji limau nipis serta kacau hingga sebati. Selepas itu tapis air tadi, sapukan rata-rata biar ia menyerap pada kulit kepala. Sebaik-baiknya hendaklah amalkan dua minggu sekali.


DAKAPAN K-POP SATU LIBERALISASI AGAMA

KLIK

Haji Darus Awang. AAP., AMP.

Tahun sudah kita disajikan dengan kegilaan anak-anak gadis dan juga isteri orang memegang anjing. Konon atas dasar untuk mengenal dan berbuat baik dengan mahluk Allah SWT bernama anjing. Kita boleh terima kes pelihara anjing kerana sebab-sebab tertentu. Itu telah kita perjelaskan di dalam beberapa artikel yang terdahulu.

Baru sepuluh hari kita menyambut tahun baru 2015, negara digemparkan dengan anak-anak gadis Melayu Islam dicabul di hadapan khalayak ramai. Di waktu mangsa musibah banjir tidur berlantaikan papan dan beratapkan plastik, kita berhibur dengan K-Pop. Mereka didakap dan mendakap idola yang membuatkan darah muda anak-anak gadis Melayu ini membuak-buak keghairahan dan kegatalan yang cukup menjolok mata.

Inilah satu proses liberalisasi agama. Merosakkan umat Islam secara halus dan lembut tetapi cukup terancang. Kita tidak menyedari jarum-jarum liberalisasi menembusi hati-hati anak-anak gadis kita melalui hiburan santai K-Pop ini. Secara tanpa disedari ibubapa mula menerima hakikat anak gadisnya didakap dan mendakap "jantan" di khalayak ramai adalah satu perkara biasa sahaja.

Kegilaan apa lagi yang mahu kita pertontonkan. Pedih sungguh mata memandang dan betapa dayusnya menjadi seorang bapa yang membiarkan anak gadisnya didakap dan mendakap "jantan" Korea yang diimport khas kononya  satu trend dan tarikan kepada belia masa kini. Dengan sejumlah wang yang banyak untuk membawa masuk mereka ini, kita seolah-olah berbelanja untuk membeli dosa dan kemukaan Allah SWT.

Kenapa begitu kolot dan bonzainya akal mereka yang membawa masuk K-Pop dengan alasan yang dangkal sekali. Ada banyak cara kita mengiktiraf golongan belia atau menjana ekonomi negara bukan dengan cara membawa budaya mungkar ke negara ini. Kita baru sahaja ditimpa musibah banjir sebagai satu peringatan daripada Allah SWT. Musibah apa lagi yang kita mahu tempah selepas ini.

Sekali sekala mohon belajar meletakkan rasa takut dan malu kita kepada Allah SWT. Ke mana perginya iman anak-anak gadis yang bertudung ini. Gadis Melayu Islam bertudung naik ke pentas kemudian merelakan dirinya diraba, disentuh, didakap dan dicium oleh "jantan" Korea seolah-olah dirinya heroin drama Korea. Kuat sungguh gadis Melayu kita terpengaruh dengan K-Pop dan drama Korea ini.

Benar sungguh apa yang disebut oleh Imam al-Ghazali: "Rosaknya rakyat disebabkan rosaknya pemimpin". K-Pop tidak datang secara sukarela dan kehendak hatinya melainkan mereka djemput dan dibayar dengan sejumlah wang yang banyak. Pada tahun 2012 sejumlah RM1.6 juta diperuntukan kepada artis K-Pop sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan.

Yang lebih menyedihkan pihak berwajib menjaga agama bisu seribu bahasa. Negara kita memiliki Mufti teramai di dunia. Mungkin juga kita memegang rekod Mufti paling senyap di dunia. Mereka melihat mungkar tanpa sepatah kata. Seolah-olah redha terhadap mungkar di hadapan mata kerana menjaga kedudukan dan pangkat di dunia yang fana ini.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Akan sampai kepada umatku suatu zaman di mana Islam itu hanya tinggal pada nama, al-Quran itu hanya tulisan sahaja, masjid besar tetapi sunyi daripada hidayah (tidak dimarahkan) dan ulama adalah sejahat-sejahat makhluk yang ada di antara lagit dan bumi, daripada mereka datangnya fitnah dan kepada mereka fitnah dikembalikan". (Terjemahan: Hadis Riwayat al-Baihaqy).

Di ketika kita merindui suara para alim ulama menegur kemungkaran, mereka mengambil sikap membisu dan berdiam diri sahaja. Benarlah kata junjungan besar Nabi Muhamad SAW bahawa akhir zaman nanti daripada alim ulama ini datang pelbagai fitnah dan kepada mereka fitnah dikembalikan. Berdiam dan membisu menjadikan fitnah ke atas golongan agama.

KLIK