Anda ingin mulakan blog?
Apa yang patut anda tulis?
- Semestinya mengenai sesuatu yang anda suka. Tulislah mengenainya!
- Ingat – semua, SEMUA ORANG boleh membaca blog anda kerana ia adalah terbuka kepada umum. Tidak salah untuk anda meluahkan perasaan anda. Tapi ingat, elakkan daripada terlalu mengikut emosi yang kelak boleh memakan diri. Elakkan menyesal kemudian hari. Jika ibu bapa, guru-guru, bos atau seseorang yang anda suka membaca sesuatu yang tidak sopan, ia hanya akan memudaratkan.
- Jika anda menulis mengenai sesuatu, pastikan fakta anda adalah tepat. Maklumat yang anda perolehi daripada internet tidak semuanya benar.
- Dalam berseronok, sentiasa beringat untuk tidak menulis sesuatu yang boleh menyakiti hati orang lain. Anda tidak mengenali atau mengetahui kehidupan mereka dan jadilah seorang yang prihatin dengan perasaan orang lain.
- Jika anda melihat post berunsur ugutan, memperlekehkan atau mendatangkan mudarat, kemukakan aduan.
- Jadi…dah fikir apa yang hendak ditulis dalam blog anda? Sesuatu yang sejujurnya anda sukai atau mempunyai bakat untuk menghasilkannya adalah lebih menarik untuk dikongsi!
0 comments:
Post a Comment