IbuBapa, Mohon Ambil Pengajaran Dari Keluhan Seorang Anak Yang
Sangat Menyedihkan Ini
Ebit Lew,
seorang penceramah agama berbangsa Cina
yang terkenal menceritakan tentang keluhan dari seorang anak
selepas beliau memberi ceramah.
Ini cerita
beliau:
Keluhan hati anak
dara umur 12 tahun…Anak ni jumpa saya
selepas ceramah minta autograf buku.Comel adik tu.
Dia baca doa permulaan yang saya selalu
baca sebelum ceramah.
Sedap betul
suaranya..
Dia cakap, ustaz
sayang anak ustaz tak?
Comel anak ustaz. Sama nama dengan saya.
Ustaz, mak ayah saya tak sayang saya. Diaorang cuma sayang adik
saya jer..
Saya tanya macam
mana tahu mak ayah tak sayang adik.
Sebab diaorang tak pernah pandang saya masa saya
bercakap.
Saya cakap jer saya kena marah. Saya tolong jaga adik.
Adik menangis, saya kena marah. Saya ambil botol susu adik.
Saya
lambat saya kena marah.
Saya tengok tv saya kena marah.
Lambat
bangun tidur saya kena marah.
Adik buat sepah saya kena marah.
Adik menangis saya kena marah…
Semua yang mak ayah janji semua tak pernah beri.
Saya
nak cerita semua kat mak ayah.
Tapi mak ayah tengok tv jer..
saya
buat semua salah dan asyik kena marah..
Ustaz, saya nak masuk asrama masa tingkatan 1.
Ustaz
doakan yer.
Supaya saya tak kena marah dan biar mak ayah sayang
adik jer.
Mak ayah saya
garang sangat.
Saya sedih sangat.
Teringat anak sendiri.
Macam tulah anak-anak ingat semua janji
kita pada mereka.
Lihat apa yang kita buat pada mereka.
Kita
lebih sanggup mengadap hp dan gadget dari pandang muka
anak..erm…
aduhai…sedihnya…apalah nak jadi mak ayah macam
nie…
kenapalah jadi macam ni mak ayah orang
Islam..
Kita sayang cium
anak masa baby…
semakin besar kerana perkara lain kita lupa nak
benar-benar sayang mereka..
Bagi anak-anak cinta sayang ialah masa. Beri masa dan
dengar anak-anak yang semakin membesar…
Rahmat Allah turun bila kita peluk, dukung, terbang,
dengar cerita mereka.
Cerita Nabi nabi
pada mereka. Kenalkan Nabi dan sahabah.
Cerita syurga dan
neraka..banyakkan cerita rahmat dan
kebaikan..
Berilah masa
kerana ini semua amanah yang akan disoal
nanti.
Pelajaran paling
besar ialah iman mengenal Allah dan Nabi
saw.
Pengajaran yang
utama selepas itu ialah akhlak…
kasih sayang..yang dia akan dapat
lihat bagaimana kasih sayang yang kita
praktikkan..
Ya Allah maafkan
kami kerana tidak buat sebaiknya sebagai ayah dan
ibuEbit Lew___________Balik kerja ini,
kita peluk cium anak-anak
sampai mereka happy.
-TheVocketsumber
Sumber
0 comments:
Post a Comment