5 Benda Wajib Buat Sebelum Berniaga Online Di Facebook

Sekarang nak berniaga tidak perlu menggunakan blog ataupun website, dengan adanya Facebook ianya menjadi mudah serta menjimat kos.

Sebenarnya ramai  yang sudah menggunakan Facebook sebagai medan berniaga tetapi dek kerana kurang pengetahuan mempromosikan perniagaan ramai yang mengalah.

Berniaga melalui Facebook tidak semestinya memerlukankemahiran coding, tetapi perlu menyasarkan perniagaan dengan lebih teratur.

Memang ada diluar sana pakar-pakar IT yang menawarkan kelas berniaga melalui online tetapi ianya lebih mudah,sebenarnya, dengan menggunakan Google kita juga dapat belajar dengan lebih cepat dan percuma.

Teringin berniaga di Facebook tetapi tidak tahu bagaimana hendak memulakannya.

Disini kami mengsyorkan beberapa-berapa tips untuk berniaga melalui Facebook:

1. Semak nama FanPage yang hendak digunakan

Sebelum memulakan perniagaan di Facebook, korang perlu memastikan nama dan URL belum digunakan.
Singkat dan mudah diingat.

Korang boleh menggunakan servis percuma ” Name Vine” yang boleh menyemak nama di Facebook, Twitter, Youtube dan Pinterest sama ada sudah digunakan atau belum.

2. Menggunakan Third-Party Platform untuk menggabungkan semua sosial media

Ada Twitter? Ada Google+?
dan sosial media seangkatan dengannya?
Nak menyebarkan seuatu maklumat dengan mudah ke semua jaringan sosial media?
Korang boleh menggunakan Tools seperti HootSuite yang mudah digunakan.

3. Membuat Aplikasi yang kretif

Pernah menggunakan aplikasi yang ada di Facebook ?

Tahu tak jika korang mampu menghasilkan aplikasi sendiri mampu menarik ramai user untuk like fanpage korang dengan mudah dan cepat ?

Aplikasi untuk muka depan dan contact page juga memain peranan besar untuk interaksi dengan user lain.

4. Design yang menarik

Rajin kan posting sesuatu yang menarik dan kreatif seboleh-boleh hasil korang sendiri.

Contoh yang terbaik adalah membina design typografi, lawak, dan sebagainya.

Bagi yang sudah pakar mendesign boleh menggunkan Adobe Photoshop dan jika tiada kemahiran Photoshop, Powerpoint pun sudah memadai asalkan ianya kreatif dan menarik.

5. Facebook Ads

Cara ini perlu menggunakan kos, tetapi ianya paling berkesan menarik ramai orang untuk datang ke page korang !

Menakjubkan kerana Facebook Advertising mampu menarik seramai user yang anda tetapkan.

Pembayaran boleh menggunakan kad visa dan paypal.
Kalau sudah bersedia untuk membuat bussiness yang lebih serius, cara ini memang amat bagus sekali !

===============================
P/S : Usaha tangga kejayaan ! Berniaga melalui Facebook perlu bersabar untuk mendapat kan likers dan pandai mempromosi dengan efektif.

SUMBER

0 comments: