Saya suka dengan bisnes MLM kerana modalnya kecil, dengar ceritanya untungnya besar dan boleh dapat pasif income. Maka saya pun cari siapa yang buat bisnes MLM dalam sejarah di Malaysia ini, ada yang mendapat pasif income. Malangnya, sudah puas pencarian saya, jawapannya saya tak jumpa seorang pun yang buat MLM ini dapat pasif income yang banyak hanya dengan duduk dirumah sahaja. Tapi, yang dapat duit banyak dalam jangka masa yang singkat ada ramai. Tapi,
Kenapakah ramai orang benci bisnes MLM?
Kenapa banyak kompani MLM gah diperingkat awal, selepas beberapa tahun gulung tikar?
Kenapa ramai orang tak suka orang yang buat bisnes cara MLM?
Bila kita luangkan masa yang banyak study tentang cara MLM ini, kenapa cara ini banyak menghasilkan kesan negatif pada masyarakat. Diantara sebab utama kenapa pengamal cara MLM biasanya berakhir dengan kebencian oleh orang lain.
Antara faktornya adalah:
1. Hanya fikir untung sahaja. Paksa orang join bisnes mereka, tak kira samada kawan tu ada duit ke tak ada ke, mereka akan paksa supaya mereka join. Jika mereka beri seribu satu sebab untuk tak mampu nak join, kita akan beri seribu satu alasan kenapa dia mesti join. Ini sifat mementingkan diri sendiri. Yang penting dia untung, biar orang lain menderita rugi, tak apa. Bila orang dah banyak keluar duit join bisnes mereka, tiba2 tup kena tutup pulak oleh kerajaan atau bank negara, pasti yang rugi tu pergi cari upline, maka keluarlah ayat MLM yang biasa kita dengar "Tak payahlah engkau nak salahkan aku, aku pun rugi jugak sama macam engkau". Masa nak ajak orang join dulu, gebang cukup besar, macam kompany tu akan ujud sampai hari kiamat, tak percaya engkau tengok, Datuk tu join, Datuk ni join, menteri tu approve, menteri ni rasmikan, bila kena rush, kena tutup, yang tinggal .. "aku pun rugi jugak sama macam engkau"... hampas warampas... tak gun satu sen. Ini cara MLM
2. Suka menipu. Komisyen dapat sikit cerita dapat banyak. Komisyen dapat RM100, cerita kat orang dapat RM10,000 Apa tujuannya, asalkan orang tu join bawah dia, janji dia untung besar. Yang besar punya. Sebelum orang tu join, janji bulan dan bintang, bila dah join, dia akan kita "Nak berjaya kena usaha sendiri", bulan menjadi gelap, bintang hilang entah kemana. Menipu lagi.
3. Cara bermegah. Ada orang buat bisnes cara MLM, sebelum start bisnes, dia akan beli kereta besar dan mewah dulu, lepas tu baru dia cari orang ajak buat bisnes dia. Dia akan kata, lihat, baru je aku buat bisnes ini dah boleh beli kereta besar. Menipu lagi.
4. Promosi cara tipu. Contohnya
" Siapa nak kaya, jom sertai kami",
" Ingin pendapatan puluhan ribu setiap bulan? Telefon saya ...."
" Ingin bebas kewangan, hubungi saya"
Masalahnya, orang yang promote tersebut belum kaya lagi. Yang cerita " Ingin pendapatan puluhan ribu setiap bulan? Telefon saya ...." masalahnya dia sendiri belum dapat puluhan ribu. Komisyen dia yang sebenar baru 30 ringgit, contohnya, bila orang tanya, berapa komisyen awak, dah tentu jawapannya "banyak". Gebang besar. Senang cerita dekat peti besi bank tu, setengah duit komsyen saya punya. Banyak tak banyak la. Cara MLM ni, sebahagiannya menipu saja. Itu yang saya tak suka.
5. Ramai orang yang saya jumpa, buat class mengajar, seminar besar2, tetapi mereka mengajar satu ilmu yang mereka sendiri tidak amalkan. Contohnya, ramai tenaga pengajar program pelaburan, sebenarnya mereka tidak terbabit dalam pelaburan tersebut, mereka buat class, charge yuran pada orang mahal2, cerita betapa senangnya buat untung dalam pelaburan tesebut, tapi mereka sendiri tidak melabur. Mereka hanya mencari keuntungan dari class tersebut, dan juga komisyen dari ahli di bawah mereka. Tak kira mereka untung atau rugi, introducer tetap dapat untung. Macam remiser di syarikat broker2 saham seluruh negara. Tak kira pelabur untung atau rugi, mereka tetap dapat komisyen dari proses jual beli saham tersebut, tapi remiser tak main saham. Kalau mereka main saham pun, bukannya dapat untung banyak, rugi pun selalu. Kalau untung saje, tentu mereka tak jadi remiser, buat apa nak kerja dengan orang lagi kalau dah jumpa cara nak buat duit banyak hanya dengan duduk dirumah sahaja. Itu pun ada orang yang nak beli saham BSKL masih minta tips dengan remiser, lawak pun ada.
Contohnya, ada yang buat class/workshop/seminar cara nak buat duit dari internet, atau buat duit dari bisnes, tetapi mereka bukan buat duit dari internet atau bisnes tertentu, mereka buat duit yang banyak dari yuran seminar tersebut, di atas ilmu yang mereka sendiri tidak amalkan.
Saya pernah di panggil untuk membantu menyelesaikan masalah penternak ikan keli. Mereka dulu pernah menghadiri kursus menternak ikan keli, kursus tersebut mereka kena bayar RM600, dan mereka di ajar oleh seorang instruktor. Bila selesai kursus tersebut, mereka pun balik, dan buat ladang ikan keli dengan membina hampir 200 kolam dibawah projek satu koperasi. Bila menternak ikan itu berjaya, maka terhasillah ikan keli beratus tan sebulan. Maka masalah baru bermula, mana nak jual beratus2 tan ikan keli tersebut.
Cari semula instruktor tersebut, dia pun pening kepala, tak tahu nak buat apa. Dia buat duit dengan ceramah cara atau teori untuk menternak dan teori untuk berniaga ikan keli, dia sendiri tak pernah berniaga ikan keli macam tu banyak, jual kat pasar malam pun tak pernah. Akhirnya kolam tersebut menjadi projek gajah putih. Berapa ratus ribu ringgit duit modal keperasi melayang begitu saje.
Sekarang ini dia pun dah tak buat ceramah pasal bisnes ikan keli lagi, sebab ramai orang dah tak minat utk hadir kursus ikan keli, sekarang dia buat ceramah pasal bisnes dan bela lintah. Selepas orang tak ramai datang untuk kursus lintah, tukar pula pada ceramah buat bisnes atau bela cacing, lepas cacing cendawan rumah pulak. Kalau semua tu orang dah tak minat, dia mula buat ceramah motivasi, tak kiralah motivasi pasal apa sekali pun, asal ada orang yang minat dan nak bayar yuran kursus, dia akan terus buat. Mereka ini tidak mementingkan apa yang nak diajar, asalkan ada orang minat, maka dia akan dapat duit. Walau pun cerita ceramah tersebut cerita dongeng, kalau pandai diolah, orang akan percaya, bukan jadi dongeng lagi. Yang penting duit masyuk. Mereka ini cari duit dengan ceramah. Mereka ini sedang mengajar bagaimana nak cari duit dengan ceramah.
Ini cara MLM.
Mengajar orang ilmu yang tidak diamalkan, tetapi disebabkan ada kelebihan bercakap dan
menipu, untung ambil dulu. Orang lain tak penting.
Contoh penipuan yang sangat halus yang saya jumpa semasa bekerja di Amerika dahulu.
"Rahsia buat duit dari internet terbongkar" - Yuran kursus adalah USD500.
Sebenarnya mereka buat duit dengan kursus, bukan dengan internet. Mungkin dulu mereka ada pengalaman sekali dua buat duit dari internet, sekarang dah tak lagi, sebab cara itu dah tak berkesan dan dah tak boleh buat duit lagi, tapi pengalaman berjaya buat duit dari internet, tak kiralah berapa pun duit yang pernah dapat, mungkin 50 sen, mungkin 10 USD, dan satu lagi modal yang tak ramai orang ada ialah kelebihan bercakap didepan orang ramai, maka itu sudah cukup dijadikan modal untuk buat duit dari kursus. Dia buat bisnes kursus, bukan bisnes internet. Kalau dia dah boleh buat duit dari internet, apa ke hal nak buat kursus pula. Ini cara MLM, dan saya tidak gemar dan tidak memilih cara ini.
Satu lagi contoh kursus yang pernah saya jumpa disana.
Kursus "Kembangkan bisnes anda ketahap luar biasa dengan kuasa dalaman dan minda anda" - Mula-mula, percuma, selepas itu bila sesiapa nak belajar ilmu yang tinggi sedikit baru kena bayar yuran yang tinggi. Style ini sangat banyak terjadi di Amerika. Sebenarnya mereka buat duit dengan yuran yang tinggi tersebut. Yang percuma tu adalah umpan nak meyakinkan orang supaya mereka datang dan promosi seterusnya akan dijalankan, kali ini yang berbayar la pula. Ini sebenarnya cara marketing untuk mempromosikan kursus berbayar tersebut.
Bagi saya tidak salah cara tersebut. Yang salah adalah manupulasi tajuk. Mereka bukan pakar dalam mengembangkan bisnes anda, contohnya anda ada bisnes restoran, kalaulah bagi pada penceramah itu untuk jalankan bisnes restoran anda, saya yakin 99% sure lingkup punya. Kalau tak percaya, cuba anda offer dia supaya kendalikan restoran anda, kalau berjaya baru anda bayar yuran kursus berbayar tersebut. Ada berani. Confirm penceramah beri seribu satu alasan untuk tak mahu buat. Lari malam.
Sebab apa, dia tipu, dia tak ada ilmu untuk "Kembangkan bisnes restoran anda ketahap luar biasa dengan kuasa dalaman dan minda anda". Dia hanya ada ilmu terutama ilmu bercakap bagaimana untuk mengembangkan "Bisnes Ceramah", dia tak ada bisnes lain. Kalau mereka ada bisnes sendiri, dan ada pula ilmu "Kembangkan bisnes anda ketahap luar biasa dengan kuasa dalaman dan minda anda", buat apa mereka nak buat ceramah lagi. Penat oo buat ceramah ni. Cuba lihat kalau ceramah tersebut tak ramai orang datang, sure penceramah mengelabah punya, pasal apa, kata nak bantu orang lain kembangkan bisnes mereka, tidak, ini pasal duit tak masyuk. Ini bukan nak berkongsi ilmu, ini nak cari duit.
Bagi saya ini satu cara penipuan yang halus, hanya dengan menukarkan perkataan "saya" kepada "anda", dan ramai tertipu. Ini cara MLM, dan saya tidak gemar dan tidak memilih cara ini. Sebab itu jika ada kompany perniagaan yang bermasalah, Board of Director tidak akan panggil penceramah motivasi untuk memulihkan kembali perniagaan mereka. Mereka upah profesional atau contain expert buat kerja tersebut.
5. Ada juga yang buat bisnes cara MLM kata, joinlah bisnes ini, tak perlu cari orang, duduk diam saja pun dapat duit. Bila kita tanya, yang awak ni datang jumpa saya ni nak buat apa? Tak cari orang ke, ke awak ingat saya ni kambing. Lepas itu, anda boleh lihat mereka akan bersilat memberi ayat2 retorik dan putar belit untuk menghalalkan cara yang dia tak cari orang. Kadang2 sampai terbelit lidah menipu.
6. Saya pernah dengar cerita seorang upline telefon downline, mereka buat bisnes MLM produk kesihatan, upline dia tanya, kenapa bulan ini dia tak maintain atau tak beli produk tersebut. Downline dia jawab, buat apa saya nak beli, produk bulan lepas ada lagi, dia tanya, kenapa tak makan produk tersebut, dia jawab, kalau saya makan, apa saya nak jual. Kenapa tak jual? Sebab tak ada orang nak beli. Tak boleh! Awak kena beli jugak produk itu kalau nak berjaya. Ini cara MLM. Force downline untuk maintain produk yang mereka tidak gunakan.
7. Biasanya kalau komisyen dapat RM1,000 , tapi duit habis buat promosi adalah RM2,000. Pasal nak jumpa prospek dekat kedai makan, kadang2 dekat hotel. Terutama bila ada preview mingguan, kita pula bawa orang baru, lepas sesi bisnes preview dari kompany, sesi preview kedua dikedai mamak. Lepas makan sapa nak bayar, dan tentu orang yang bawa orang baru tadi kena bayar. Round table pulak tu. Komisyen baru RM50, bayar makan dekat RM100. Komisyen kemana, untung kemana. Balik pulak subuh2, almaklumlah Meniaga Larut Malam, esok subuh hanya mengejar gajah beberapa ekor. Itu pun kalau dapat, kalau tak mati kita dipijak gajah. Ini cara MLM.
8. Biasanya, jika buat bisnes cara MLM, ia akan berakhir dengan kerugian salah satu dari 3 perkara ini. Satu, habis duit, atau dua, habis masa atau tiga habis maruah atau ketiga2nya sekali. Yang bertambah hanyalah satu, iaitu musuh. Ia akan berakhir dengan dibenci dan disumpah seranah oleh ramai orang yang terkena. Saya yakin, cepat atau lambat akan ada sumpah seranah dan doa orang terinyaya akan dimakbulkan dan waktu itu balasan akan tertimpa pada pelakunya. Sebab itu rasanya saya tak pernah jumpa sesiapa pun di dunia ini berjaya dengan cara MLM. Cuba lihat senarai 50 orang terkaya di Malaysia, ada ke sesiapa yang menggunakan cara MLM duduk dalam ranking. Jawapnya tak ada.
Akhirnya, saya buat kesimpulan yang saya tidak akan sekali-kali buat bisnes menggunakan cara MLM.Jadi dalam bisnes networking yang menggunakan cara MLM tiada duit pasif yang sangat banyak.
0 comments:
Post a Comment