Jom Lihat Objektif Kewangan Anda

Setiap orang mempunyai objektif atau pun cita2 untuk dicapai. 

Bagai saya semenjak saya dibangku sekolah lagi, saya mempunyai cita2 saya sendiri. 

Objektif: Saya ingin buat duit pasif yang sangat banyak hanya dengan duduk di rumah sahaja.


Walau pun objektif ini seperti tidak masuk akal, tetapi itulah yang saya inginkan. Saya lihat dan belajar dari kehidupan orang ramai disekeliling saya.

Ada orang yang kaya, mereka ada duit, tetapi sebahagian besarnya tiada masa. Tiada masa untuk keluarga, tiada masa untuk menghiburkan diri sendiri. Bisnes, bisnes, bisnes, kerja, kerja, kerja, saya tak mahu jadi golongan ini.

Ada juga yang banyak masa, tapi tiada duit. Golongan seperti biasanya orang yang malas kerja, suka berhutang, buat perkara yang salah atau suka menipu orang. 

Pantang ada cara untuk buat duit cepat, mereka akan jadi golongan dihadapan. Saya pun tak mahu jadi golongan ini.

Ada juga yang tiada masa dan tiada duit. Golongan ini ramai, terutama orang yang bekerja. Gaji tak pernah cukup. Kerja pagi balik petang, dapat gaji bayar hutang, umur mendaki simpanan kurang, seumur hidup mengeluh malang, akhirnya pasrah ketentuan yang datang. 

Sekali-sekali terjebak kedalam hutang dan biasanya kalau tersangkut hutang, mereka akan tanggung satu jangka masa yang sangat lama, silap-silap sampai mati. Saya pun tak mahu jadi golongan ini.

Yang sukar dicari golongan yang ada masa dan ada duit. Saya nak jadi golongan seperti ini.

Jadi saya mahu buat duit pasif yang sangat banyak hanya dengan duduk dirumah sahaja.


0 comments: