5 Tips Elak Bayi Tersedak Susu

Tersedak susu sehingga menyebabkan kematian bukan lagi isu baru, malahan ramai ibu muda cukup risau jika kes ini berlaku pada anak yang ditinggalkan kepada pengasuh.

Susu akan terus mengalir dan membuatkan si anak tersedak dan susu terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru. Manakala, faktor lubang puting terlalu besar dan kedudukan bayi yang salah ketika minum susu botol juga menjadi punca bayi tersedak susu. Ketahui alternatif untuk mengelakkan bayi daripada tersedak susu.


1 - Pemilihan puting susu
Sebelum memilih botol susu yang sesuai, pemilihan puting susu juga memainkan peranan. Pastikan lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam mulut bayi. Sebaiknya pilih puting sepadan mengikut usia bayi anda.


2 - Sendawa kan bayi setiap kali menyusu
Selepas bayi anda kenyang menyusu, sendawa kan bayi anda secepat mungkin untuk mengeluarkan angin. Langkah ini juga untuk memastikan  bayi tidak muntah ketika tidur.


3 - Pastikan posisi bayi anda betul
Tatkala anda menyusukan bayi sama ada menyusu badan atau botol, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Manakala botol susu pula, mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 sehingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.


4 - Posisi menyusu badan
Posisi yang terbaik bagi ibu yang menyusu badan adalah memangku bayi seperti mana yang disarankan. Elakkan daripada memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai atau tidur mengiring.


5 - Susukan dengan betul
Bagi si ibu yang menyusu badan, anda harus memastikan kawasan puting masuk sepenuhnya dalam mulut bayi bagi mengelakkan si manja anda tersedak susu.

sumber


0 comments: