5 Tips Wangian Khas Untuk Lelaki

Memilih minyak wangi yang sesuai untuk tubuh merupakan proses eksperimen berbentuk peribadi. Tidak hanya sekadar bauan, wangian juga bisa menjadi alahan yang tidak dijangka misalnya asma, selesema, bersin dan sebagainya. Jadi pemilihannya bergantung kepada individu itu sendiri.

Bagaimana agaknya jika anda ingin memilih atau membeli wangian untuk suami.  Tentu sukar bukan? Lelaki secara semula jadinya seorang yang agak cerewet mengenai soal penampilan dan cita rasa.

Lelaki kini juga mengambil berat mengenai penampilan dan ingin kelihatan menarik dan mengikuti perkembangan fesyen. Namun fesyen juga harus seiring dengan penjagaan diri terutama mengenai bau badan.  Untuk mengetahui wangian apa yang sesuai untuk suami anda, jom semak tip di bawah.



Biarpun cerewet namun kebanyakan lelaki langsung tidak tahu wangian yang terbaik untuk mereka. Mereka lebih suka jika si isteri sendiri memilih apa yang terbaik untuk dipakai. Menariknya, hampir kesemua lelaki mahukan wangian yang dipilih mengikut cita rasa isteri kerana beranggapan si isterilah yang akan sukakan wangian tersebut. Pun begitu, kebiasaannya lelaki mahu turut serta apabila anda memilih untuknya. Jadi jangan pula cuba buat 'suprise' untuk suami kerana takut tidak disukai mereka.

  • Bagi suami yang merokok, sebaiknya anda pilihlah wangian yang berbau segar atau bau-bauan bunga kerana apabila wangian ini digabungkan dengan tembakau, ia akan menghasilkan bau kayu-kayuan yang segar. Penyatuan dua bau ini akan membuatkan masalah bau rokok diatasi malah bau hebat pula yang timbul. Antara minyak wangi segar yang disyorkan adalah Purr oleh Katty Perry atau Gucci Flora.
  • Lelaki biasanya hanya sukakan satu atau dua sahaja wangian dalam hidup mereka, tidak seperti perempuan yang gemar menukar selera. Oleh itu, pilihlah wangian yang benar-benar disukai suami kerana anda juga yang akan 'menghadap' wangian harum ini.
  • Jika minyak wangi yang anda tidak suka, disukai suami tentu sukar bukan. Namun berusahalah memujuknya secara psikologi dengan mengatakan minyak wangi yang anda pilih adalah daripada jenama yang hebat dan cukup gah untuk seorang lelaki. Lelaki biasanya sukakan kehebatan dan cepat terangsang apabila disebut akan satu-satu jenama. Tommy Hilfinger, Lacoste, Dunhill, Polo Black, Mont Blanc, Ferrari, Calvin Klein antara jenama hebat paling sesuai. 
  • Ketika membeli minyak wangi, cubalah pelbagai jenis minyak wangi terlebih dahulu dan biarkan seketika ia kering dan meresap dengan bau badan suami kerana bau sebenar minyak wangi akan timbul selepas lima hingga 10 minit dipakai. 
  • Ketika memakai minyak wangi, elakkan menggosoknya di pergelangan tangan kerana ia menjejaskan bau minyak wangi yang sebenar malah strukturnya juga turut berubah. Biarkan sahaja ia kering sendiri.
 sumber

0 comments: