Permohonan Dan Kemaskini BR1M 2015 Online

Permohonan baharu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 / BR1M 4.0 dan kemaskini maklumat BR1M bagi penerima sedia ada boleh dibuat mulai 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014.

Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar sekali lagi, sebaliknya hanya perlu mengemaskini maklumat peribadi termasuk alamat terkini, maklumat ahli keluarga dan akaun bank
 (jenis akaun yang dibenarkan ialah akaun simpanan atas nama pemohon sahaja).

Cara memohon dan kemaskini BR1M
Proses permohonan baharu BR1M dan pengemaskinian maklumat BR1M boleh dibuat secara online melalui portal rasmi BR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu di alamat:



https://ebr1m.hasil.gov.my

Proses itu juga boleh dibuat secara manual dengan menggunakan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 (BK-01) atau Borang Kemas Kini. Borang yang siap diisi boleh dikembalikan ke mana-mana cawangan atau Pusat Khidmat Hasil atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM atau pejabat daerah.
Kegagalan menghantar permohonan atau mengemaskini BR1M 2015 sehingga tarikh tutup 31 Disember 2014 akan menyebabkan permohonan tidak diproses.

Tarikh pembayaran BR1M 2015
Pembayaran BR1M 2015 kepada penerima di bawah kategori individu/bujang akan dibuat  bermula 28 Januari 2014, manakala pembayaran kepada penerima di bawah kategori isi rumah akan dibuat secara berperingkat tiga kali setahun iaitu pada 28 Januari, 28 Mei dan 28 September 2015.

Semakan keputusan BR1M
Sila layari Semakan Status Permohonan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia)untuk panduan semakan status permohonan BR1M.
Talian Bantuan
Pemohon atau penerima yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) ataupun emel ke br1m@treasury.gov.my

0 comments: