Pakai Lipstik Merah

Memakai lipstik merah menyala sering menjadi isu bagi wanita berusia. Rona itu dikatakan agak ketinggalan dan tidak lagi sesuai kerana wajah seseorang wanita akan kelihatan lebih tua.


Namun tahukah anda andaian itu boleh disangkal tetapi dengan syarat anda perlu bijak menggayakannya tanpa menampakkan diri jauh lebih berusia. Cuba ikuti cara pakai lipstik yang MW kongsikan kali ini:

  • Sapukan bedak asas yang tipis ke atas bibir, biarkan beberapa saat untuk kering.
  • Sapukan sedikit bedak dibahagian bibir supaya sapuan lipstik lebih tahan lama.
  • Bentukkan bibir dengan penggaris bibir. Pastikan warna penggaris bibir sesuai dengan warna lipstik.
  • Sapu warna (menggunakan berus) pada tengah-tengah bibir dahulu dan kemudian ratakan ke seluruh bibir untuk mengelakkan terlebih warna. Sedikit sahaja warna diperlukan.
  • Lap bibir dengan tisu selepas sapuan pertama.
  • Sapukan lapisan kedua lipstik menggunakan berus bibir. Sapuan kali kedua akan memastikan lipstik anda lebih tahan lama.
  • Jika bibir anda terlalu kecil, warna merah terang akan membuatkan bibir lebih menarik dan mengiurkan.

0 comments: