Epal Untuk Kulit Cantik

Tidak ramai yang tahu bahawa buah epal juga mempunyai manfaat untuk kecantikan. Epal mengandungi agen antioksidan menentang kesan radikal bebas dan membantu melambatkan proses penuaan.

Jika anda mengamalkan memakan epal sejak berusia awal 30-an, kulit anda kekal cantik pada usia 40-an nanti. Hal ini kerana khasiat epal membantu memperbaharui sel kulit dengan cepat. Dalam sebiji epal mengandungi 115.82 gram air dan membantu melembapkan kulit.

Bagi anda yang ingin menurunkan berat badan, bolehlah cuba amalkan memakan epal setiap hari. Serat yang ada pada sebiji epal membantu proses melawaskan sistem pembuangan serta mengawal kalori.
sumber

0 comments: