Tips Hilangkan Jerawat Guna Lidah Buaya

Jerawat bukan sahaja mendatangkan kesakitan malah ia menyakitkan mata yang memandang. Kehadiran jerawat sama ada pada wajah dan tubuh membuatkan kita tidak selesa serta mudah berasa rendah diri terutama apabila mengalami masalah serius.


Bagi kaum Hawa, jerawat boleh menjejaskan kecantikan mereka. Malah rata-rata wanita mengakui jerawat pada wajah mengurangkan daya tarikan mereka. Masalah ini boleh dirawat di pusat kecantikan namun bagi anda suka cara alami, jom cuba petua kecantikan ini. Ia mudah dipraktikkan, murah, berkesan dan tiada kesan sampingan.


Lendir lidah buaya atau Alor Vera kaya dengan pelbagai khasiat. Vitamin yang terkandung dalam lidah buaya dapat membantu mengecutkan jerawat pada wajah. Selain itu, ia juga dapat membantu melembapkan dan melicinkan kulit. Penggunaan secara berterusan dikatakan mampu menghilangkan jerawat tanpa meninggalkan parut.


Cara penggunaannya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian wajah yang bermasalah, untuk kesan yang lebih baik sapukan pada keseluruhan wajah. Biarkan sehingga kering, kemudian cuci dengan air suam. Ketika proses pengeringan, anda akan berasa gatal sedikit kerana ia sedang merawat jerawat pada wajah. Usah garu, sebaliknya jika tidak tahan bilas wajah dengan air bersih.
sumber


0 comments: