Buah Ciku , Daun Belimbing & Kopi



Buah Ciku Atasi Sembelit


Tabiat mengabaikan pemakanan boleh memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan. Masalah sembelit misalnya boleh terjadi jika makanan yang dimakan tidak dihadam dengan baik.

Kurang mengambil buah-buahn dan sayur-sayuran serta kurang minum air juga boleh menjejaskan proses penghadaman. Keadaan ini jika dibiarkan boleh menyebabkan sembelit sekaligus mengakibatkan buasir.

Satu cara dalam kaedah perubatan tradisional ialah dengan menggunakan buah ciku. Kesan yang lebih baik untuk merawat buang air berdarah ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Seelok-eloknya diamalkan sebelum sarapan.

Daun Belimbing Atasi Panau
Panau adalah penyakit kulit yang akan menjejaskan penampilan terutama kalau terkena pada bahagian muka.

Mungkin tidak ramai yang berdepan dengan masalah panau, tetapi masih ada segelintir yang cuba untuk menghilangkannya.

Caranya sangat mudah dengan menumbuk beberapa helai daun belimbing sehingga lumat. Seterusnya campurkan pula sedikit asam jawa dan juga beras.

Pastikan kesemua bahan ini digaul rapi dan kemudian tempekkan pada bahagian kulit yang berpanau. Bagi melihatkan kesan atau perubahan ketara, petua ini perlu diamalkan secara konsisten setiap hari.

Kopi Cerahkan Kulit
Kulit yang gelap dan kusam akan membuatkan kita rasa kurang menyerlah. Ini mungkin terjadi gara-gara aktiviti lasak dan terlalu terlalu terdedah dengan sinaran matahari.

Bagi kembalikan kecerahan kulit, tumbuk 1/2kg biji kopi sehingga separuh halus. Tambahkan minyak zaitun serta tepung bengkuang sehingga menjadi pekatan. Setelah dikacau sebati, lulurkan pada keseluruhan tubuh dengan teknik menggosok perlahan-lahan.

Biarkan selama satu jam supaya minyak daripada kopi ini dapat menyerap. Bagi membilasnya, gunakan air yang telah dicampurkan dengan sedikit garam. Petua ini sesuai diamalkan sebanyak dua kali seminggu.

sumber

0 comments: