Tips Dapatkan Anak Perempuan

Mungkin ramai yang tidak kisah jika dapat anak lelaki atau perempuan, namun ada juga sesetengah ibu bapa yang masih tercari-cari tip untuk dapatkan anak perempuan. Mungkin anda boleh guna beberapa petua ini, menjaga dari segi pemakanan dan tingkah laku sewaktu hamil. Cuba amal...


  •  Mulakan dengan doa dan niat untuk memperoleh jantina bayi perempuan.
  • Pastikan hubungan seksual dilakukan pada waktu subur isteri iaitu antara hari ke 11 hinggalah hari 19 dari kiraan pertama datangnya haid.
  • Biarkan suami melepaskan hanya lima puluh peratus sahaja spermanya ke dalam rahim isteri sementara bakinya dirembeskan di bahagian pangkal rahim. 
  • Selepas berasmara isteri digalakkan tidur mengiring ke sebelah kiri dan sekiranya membelakangkan suami maka mintalah izin terlebih dahulu.
  • Akhiri dengan doa agar hajat yang diinginkan dimakbulkan olehNya. 


Amalan pemakanan ketika janin berusia satu hingga empat bulan
1. Banyakkan pengambilan sayur, sup, asam serta jenis yang beralkali.
2. Lebihkan buah-buahan.
3. Elakkan dari mengambil minuman berkarbonat.

Perbuatan yang digalakkan ketika kandungan berusia satu hingga sembilan bulan
1. Amalkan membaca surah Yusuf dan Maryam.
2. Usap kandungan dengan lembut dan panggilah bayi anda dengan nama Maryam atau Siti Aisyah.
3. Banyakkan berdoa agar permintaan anda dikabulkan.
sumber

0 comments: