Wanita ditahan kes bunuh abang


NIBONG TEBAL - Polis menahan seorang wanita di sini Selasa lepas bagi membantu siasatan kes pembunuhan abangnya yang berlaku di sebuah rumah di Jalan Selamat, Sungai Bakap di sini, pada Mei tahun lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt. Shafien Mamat berkata, hasil siasatan dan risikan sejak setahun lepas, wanita berusia 20 tahun itu ditahan setelah teman lelakinya berusia 25 tahun diberkas pada 9 November lepas berhubung kejadian samun dan bunuh seorang lelaki terencat akal.
Wanita itu, yang bekerja di sebuah kilang di sini, dan teman lelakinya, yang merupakan seorang penghantar surat, direman selama 10 hari bagi membantu siasatan. - Bernama
Post a Comment