Adengan Pilu di Pagi Aidil Adha

Selepas selesai solat sunat aidiladha, aku pulang ke rumah bersama bapaku. Tiba di rumah, baru ku tersedar sunjunku telah habis sejak daripada malam semalam lagi. Tanpa pikir panjang ku capai motor lalu terus ke kedai yang tidak asing lagi beroperasi 24 jam dalam sehari "7-11". Terpandangku kepada surat khabar Harian Metro yang dipesan bapaku, lantas ku gapai ia dan membayarnya.
Terasa dahaga tekak ini,kataku dalam hati. Aku terus menuju ke kedai minum yang berdekatan walaupun aku tahu di rumah memang sudah siap tersedia hidangan lazat seperti rendang,ketupat dan bermacam juadah streotaip  di musim perayaan ini. Sesampainya aku di kedai, ku lihat beberapa kerat manusia seperti aku, yang mungkin masih tidak balik ke rumah dan singgah disitu untuk menikmati sarapan pagi atau tak kurang juga yang membungkus makanan.
"Teh Ais 1 bang"ujarku kepada pelayan di situ." Baik bang, makan?"katanya."Em....makan tak nak lah bang"kataku.Dia mengangguk paham padaku. Aku bingkas mencari kerusi yang agak redup sedikit kerana waktu ini matahari sedang molek terus ke paksinya di atas kepala. Terasa bahangnya di tengkukku yang sudah berkeringat ini. Ku labuhkan punggungku ke kerusi yang mana di sisiku mampan, seorang yang digelar ayah, bersamanya dua orang anak-anak kecil seakan umur 6 tahun. Putera dan puteri, cukup lengkap keluarga ini, bisik hatiku sendirian.
"Bang, teh ais" sambil meletakkan gelas yang berisi air di hadapan mejaku."Ok. time kasih bang" ujarku sambil melemparkan senyuman kepada pelayan itu.
Fikiranku mula berselerak ke sana ke mari. Mataku meliar melihat sekeliling. Aku keliru sedikit, kerana pada pandangan mata kasar.seorang ayah dan dua anak kecil ini persis tidak cukup seorang lagi bagi melengkapkan sebuah keluar. Jawapanku jawab sendiri. "Ah......patutla, mak dorang takde kat situ..mungkin kat umah kot.Ishh! kalau kat umah, apasal pulak dorang ni makan kt kedai ni, takkan mak dorang tu tak masak kat umah" merungut ku sendirian. Sambil melepaskan hembusan asap rokok winston light,  aku berfikir sejenak. Mungkin sayu dan pilu hati kedua orang putera dan puteri si Ayah ini, ketiadaan ibunya pada pagi Aidiladha ini.
Jelas terpampang dengan kemonyokkan  wajah mereka membuatkan ku sendiri seakan faham isi hatil kecil mereka. namun, apa boleh ku buat..akukah siapa untuk keluarga ini untuk bersoal dengan mereka, dengusku lagi.
si Ayah memujuk puteranya untuk makan, tetapi tidak dilayan oleh anak itu. Mungkin dia memberontak,mungkin dia inginkan ibunya atau mungkin saja apa yang tengah difikirkan budak kecil baru berumur 6 tahun itu. Puterinya dengan tudung, comel ku lihat dia menyuapkan makanan kemulutnya sambil memujuk siputera itu untuk makan.
Sayugia aku terpanggil, mungkin ada kisah di sebalik keluarga ini. Kemanakah ibunya ketika ini? persoalan yang mungkin tidak mampu untuk menjawabnya, tapi jelas terpampang wajah mereka persis tidak lagi menggambarkan keriangan di pagi raya ini, sebaliknya sayu dan pilu tersorok di kotak hati kecil itu.
Sekian.....

0 comments: