Tips menjaga suara anda

Salam sejahtera, beberapa blog sudah saya baca untuk mengepost entry ini ( maaflah, newbie lagi ). untuk kita suara tu adalah anugerah tuhan kepada hambanya. Suara ini amat penting bagi kita sebagai agen komunikasi untuk kehidupan seharian, kadang-kadang bila suara kita hilang,serak,sakit kita mesti risaukan. Ini ada sedikit info untuk anda dalam menjaga suara. juga untuk kegunaan anda yang ingin tampil sebagai penyanyi...



Anda MESTI membaca Tips-tips di bawah samaada meninggalkan terus atau mengurangkan bergantung pada diri sendiri laa.. Kalau anda serius, tinggalkan terus lagi bagus.
1) Merokok..
2) Makanan berminyak. Cth:- Mee Goreng (yang banyak minyak) atau karipap (serap minyak..)
3) Makanan bergetah / termasuk air buah yang bergetah.
4) Minuman ber kaffin macam kopi, nescafe, macam-macam jenis kopi segera dan seumpamanya.
5) Coklat-coklat (apa jenis sekalipunmahal ke..murah ke..)
6) Air klorin.. (usahakanla minum air yang bertapis. SAJ=Syarikat Air Johor kadang-kadang bekalkan air berkeladak gak. Nasib baik ada tapis..)
PETUA MENJAGA
1) Bangun tidur pagi-pagi, minum air masak kosong sebelum gosok gigi. Sebaik-baiknya suam-suam sikit (eii gelinyer!! ada antara anda ungkapkan macam tu Saya bagi petua jer. Lagipun, yang minum mulut sendiri..)
2) Sediakan Teh Papermint ataupun Teh Pudina. (Boh ada keluarkan tapi kalau dapat daunnya yang segar lagi bagus.) Bancuh dengan madu lebah asli, suam-suam.
3) Belajar menjerit (bukan Luar Kawalan yerrr..), di dalam sebekas air. Jangan mengaji tapi gunakah .. Laa..Laa..Laa...
4) Ohh..lupa nak bagitau.. Lepas minum air pagi-pagi tadi, mestilah nak gosok gigi. Lepas kumur-kumur cuci mulut, lepas gosok gigi, sebelum berwuduk Solat Subuh, masukkan air dalam hidung. Tarik air masuk guna hidung, dalam-dalam. Pastu cuba keluarkan ikut mulut seberapa banyak yang mampu.
5) Tulang bahu & tulang belakang memainkan peranan menampung udara-udara nafas kita. Cuba kawal pergerakan badan semasa membaca Al-Quran.
6) Duduklah dengan tetap dan seimbang. Duduk Tahiyat Awal = tak seimbang.
KALAU SUARA TAK ELOK JUGAK.
1) Mungkin ada masalah kerongkong. = kena operation sikit kat doktor tekak.
2) Mungkin masalah kahak banyak sangat. = kena buangla. Cara terbaik herba-herba traditional la.

Post a Comment